awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNG Digital lancar eKYC sepenuhnya hari ini

Bernama
Bernama
20/11/2024
08:23 MYT
TNG Digital lancar eKYC sepenuhnya hari ini
Syarikat itu berkata semua pengguna baharu kini mesti melengkapkan pengesahan eKYC untuk mengakses ciri eWallet TNG. - Foto dari laman web TNG
KUALA LUMPUR: Penyedia teknologi kewangan bersepadu terbesar di Malaysia, TNG Digital Sdn Bhd sedang melaksanakan pengesahan elektronik Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (eKYC) sepenuhnya bermula hari ini.
Syarikat itu berkata semua pengguna baharu kini mesti melengkapkan pengesahan eKYC untuk mengakses ciri eWallet TNG.
Katanya, ini berikutan tempoh penangguhan selama 10 bulan bagi pengguna mengesahkan akaun eWallet TNG mereka dengan pengesahan eKYC mandatori ditetapkan untuk dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum 20 Dis, 2024.
"Pengguna bukan eKYC terhad kepada baki eWallet yang rendah selain hanya boleh mengakses ciri pembayaran asas dan tol termasuk tambah nilai kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) serta Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
"Bagi pengguna bukan eKYC sedia ada, akses mereka akan disekat secara berperingkat.
"Pengguna ini akan berdepan sekatan yang semakin meningkat sehingga akaun eWallet TNG mereka disahkan sepenuhnya. Mereka akan kehilangan akses kepada eWallet sepenuhnya jika tidak disahkan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Menurut TNG Digital, pengguna boleh mengesahkan akaun mereka dengan mengetik pilihan 'Tidak Disahkan' di halaman profil aplikasi.
Dalam pada itu, pengguna Malaysia boleh menggunakan MyKad atau MyTentera untuk eKYC manakala penduduk tetap Malaysia serta warganegara asing boleh menggunakan pasport masing-masing.
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan perlindungan pengguna, mendedahkan ciri eksklusif selain menekankan komitmen TNG Digital terhadap pematuhan peraturan dan pengurusan risiko.
Dari sudut pandang industri, TNG Digital menekankan pencapaian pengesahan eKYC sepenuhnya dalam kalangan penggunanya selain meningkatkan keupayaan untuk mengenal pasti dan menghapuskan akaun keldai (mule account) serta aktiviti penipuan, sekali gus melindungi integriti ekosistem.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Alan Ni berkata langkah ini penting untuk meningkatkan keselamatan platform dan mengurangkan risiko pengambilalihan akaun.
"Keselamatan adalah keutamaan utama kami di TNG Digital. Melaksanakan eKYC sepenuhnya adalah langkah berani, namun perlu selain menjadikan kami eWallet pertama yang mengambil langkah ini. Melindungi pengguna kami adalah perkara yang tidak boleh dipertikaikan," katanya.
Ni juga berkata TNG eWallet mengekalkan kadar penipuan iaitu 90 peratus lebih rendah daripada purata pasaran untuk pembayaran kad dan kejayaan itu dikaitkan dengan langkah keselamatan yang kukuh serta komitmen syarikat terhadap perlindungan pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNG Digital
#Alan Ni
#TnG eWallet
#eKYC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan