NATIONAL
Toh Puan Raja Noora Ashikin terima Darjah Utama Pangkuan Negeri Pulau Pinang

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib (kiri) menyampaikan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) kepada isterinya Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah pada Istiadat Penganugerahan DUPN hari ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Isteri kepada Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, hari ini menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) sempena Ulang Tahun ke-84 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib, dalam satu istiadat di sini.
Ringkasan AI
- Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, isteri kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) sempena ulang tahun ke-84 Tun Ramli Ngah Talib.
- Anugerah tertinggi negeri Pulau Pinang ini membawa gelaran Datuk Seri Utama dan disaksikan oleh pemimpin negeri termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
- Darjah DUPN, yang diperkenalkan pada 1967, diberikan kepada individu yang berjasa besar kepada negeri
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Law Choo Kiang dan isteri; Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan isteri; Mufti Pulau Pinang Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.
Raja Noora Ashikin, yang dilahirkan pada 4 Feb 1948 dan dibesarkan di Ipoh, Perak, mendirikan rumah tangga dengan Ramli pada 1973 dan dikurniakan empat cahaya mata dan tujuh cucu.
Darjah DUPN yang dizahirkan pada 1967 dikurniakan kepada individu yang telah memberikan jasa amat cemerlang kepada negeri Pulau Pinang. Ia merangkumi kalung, bintang, selepang dan lencana darjah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami