Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Tok Mat akan ke New York hadiri UNGA ke-81

71743773337_TokMatUNGA.jpg
Mohamad dijadual menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia dalam Debat Umum UNGA pada 27 September 2026. - Foto fail
Advertisement

PUTRAJAYA: Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, akan mengadakan lawatan kerja ke New York, Amerika Syarikat dari 23 hingga 27 September bagi menghadiri Sesi Ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA81) serta beberapa mesyuarat berkaitan.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, penyertaan Malaysia pada UNGA81 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI terhadap pendekatan multilateralisme dan kerjasama antarabangsa.

UNGA81 tahun ini bertemakan “Restoring Trust, Managing Transformation: A United Nations that Delivers for All” atau “Memulihkan Kepercayaan, Mengurus Transformasi: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang Memberikan Manfaat untuk Semua.”

"Mohamad dijadual menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia dalam Debat Umum UNGA pada 27 September 2026 jam 4.30 pagi waktu Malaysia." menurut kenyataan itu.

Sesi berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi platform UN WebTV.

Selain menghadiri beberapa mesyuarat peringkat tinggi, Menteri Luar Negeri turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari pelbagai negara serta mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Menurut Wisma Putra, penyertaan Malaysia dalam persidangan itu akan memberi tumpuan kepada pelbagai isu utama termasuk keamanan dan keselamatan antarabangsa, perdagangan dan pelaburan, ekonomi hijau, teknologi baharu, pembangunan mampan serta kepentingan negara-negara membangun.

UNGA81 merupakan platform penting bagi pemimpin dunia membincangkan cabaran global semasa serta memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam menghadapi pelbagai isu rentas sempadan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement