awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2024
02:40 MYT
Tok Mat akhiri lawatan rasmi ke Filipina, bincang kepentingan kerjasama dua hala
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan lawatan tersebut juga tersebut juga adalah bersempena ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Filipina. - Foto Facebook/Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR : Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Republik filipina pada 1 Julai lalu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan lawatan tersebut juga adalah bersempena ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Republik Filipina.
"Semasa lawatan beliau, Mohamad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, Jr. Antara lain, kedua-dua pihak menilai perkembangan positif di Selatan Filipina.
"Mengambil kira potensi luas wilayah tersebut, Presiden menjemput syarikat-syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi di Selatan Filipina.
"Mohamad juga telah mengadakan pertemuan bersama rakan sejawat beliau, Enrique A. Manalo. Kedua-dua Menteri menekankan kepentingan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dua hala, terutamanya dalam sektor perdagangan, pelaburan, industri halal, kewangan Islam dan keterjaminan makanan," jelasnya.
Dalam pada itu, kedua-dua menteri juga membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
Dalam hal ini, Malaysia dan Republik Filipina senada menekankan pentingnya perpaduan ASEAN dalam menangani isu-isu serantau serta keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera di Palestin.
Republik Filipina juga telah memberi jaminan untuk memberikan kerjasama penuh kepada Malaysia sewaktu Kepengerusian ASEAN pada 2025.
Mohamad turut mengulangi komitmen Malaysia untuk menyokong pembangunan sosio-ekonomi Bangsamoro menerusi program pembinaan keupayaan, termasuk Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Selain itu, satu majlis resespi sempena ulang tahun penubuhan hubungan diplomatik ke-60 juga telah diadakan, dengan kehadiran kedua-dua Menteri Luar Negeri selaku tetamu kehormat. Resepsi tersebut turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kabinet Filipina, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Filipina, diplomat asing, pemimpin perniagaan dan diaspora Malaysia.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Filipina
#Mohamad Hasan
#Palestin
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan