KUALA LUMPUR: Tokong Sin Sze Si Ya di Lebuh Pudu di sini yang menjadi "mata" menyaksikan dan menyimpan sejarah pembangunan ibu negara lebih satu abad, antara lokasi tumpuan masyarakat Cina serta pelancong asing dan tempatan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada Sabtu.
Tokong yang diasaskan pada 1864 oleh Yap Ah Loy itu merupakan antara tokong terawal ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Ketika ditemui Bernama, pengunjung dari Australia, Steven Smith, 38, berkata dia dan isteri singgah ke tokong itu untuk merasai kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, selain teruja menonton persembahan tarian naga di situ buat kali pertama.
"Kami berada di sini selama tujuh hari ... kami ke tokong ini kerana sering mendengar tentang sejarahnya, kelihatan juga dekorasi di sekitar jalan berwarna merah dan ia sangat cantik," katanya.
Tinjauan Bernama di sekitar ibu negara juga mendapati tempat tumpuan lain seperti Bukit Bintang, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Taman Tasik Titiwangsa dipenuhi warga kota dan pelancong yang mengambil peluang cuti umum dan persekolahan yang panjang.
Fatimah Abd Manap, 48, dari Sungai Petani, Kedah berkata dia bersama keluarganya mengunjungi Kuala Lumpur untuk mengambil angin sambil menziarahi rakan berbangsa Cina di sini.
"Saya dan keluarga berjalan-jalan di sekitar kawasan ini sebelum ke rumah terbuka rakan kerja dahulu pada sebelah malam memandangkan kami sudah lama tidak berjumpa," katanya ketika ditemui di sekitar Taman Tasik Titiwangsa di sini.
Bagi Daniel Lew, 38, dari Melaka, dia pulang ke ibu kota ini yang merupakan "kampung"nya untuk menziarahi kedua-dua orang tua dan ahli keluarganya yang lain.
"Pada masa yang sama, saya bawa anak-anak sedang bercuti sekolah untuk jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di Bukit Bintang.
Tahun Baharu Cina disambut pada Sabtu dan merupakan tahun naga dalam kalendar zodiak Cina yang dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Tokong yang diasaskan pada 1864 oleh Yap Ah Loy itu merupakan antara tokong terawal ditubuhkan di Kuala Lumpur. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (02 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
Tokong lebih satu abad, antara tumpuan pengunjung sempena Tahun Baharu Cina
Tokong Sin Sze Si Ya antara lokasi tumpuan masyarakat Cina serta pelancong asing dan tempatan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Lokasi popular ibu negara jadi tumpuan sempena cuti umum
Lokasi tumpuan pelancong seperti di Taman Burung Kuala Lumpur, Zoo Negara, KLCC dan Menara Kuala Lumpur 'diserbu' sejak awal pagi oleh pengunjung.
Bursa Malaysia ditutup pada 25 Disember 2023 dan 1 Januari 2024
Bursa Malaysia Bhd akan ditutup pada Isnin 25 Dis, 2023 sempena cuti umum Hari Krismas serta Isnin, 1 Jan 2024 sempena Tahun Baharu 2024.
45,000 disasar kunjungi taman dinosaur keenam Malaysia
Dr Anir Syazwan berkata beliau yakin taman tema dinosaur itu bakal mencetuskan fenomena baharu dalam menarik kehadiran pelancong selari inisiatif Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.
Cuti umum 20 Feb di Melaka, SPM tetap diteruskan
Empat kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diadakan pada 20 Feb tahun depan akan diteruskan mengikut jadual.
Deepavali: Kerajaan belum bincang beri pengecualian bayaran tol
Kerajaan belum membuat sebarang perbincangan untuk memberikan pengecualian bayaran tol sempena Deepavali yang bakal diraikan hujung minggu ini.
Taliban isytihar hari terakhir pengunduran tentera AS di Afganistan sebagai cuti umum
Keputusan Majlis Menteri-menteri itu diumumkan dalam satu kenyataan oleh pejabat pentadbiran pemerintahan sementara Taliban.
Kedah umum cuti peristiwa 5 Feb sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Feb ini bersempena sambutan Thaipusam.
Cuti umum, cuti sekolah punca kesesakan di Pejabat Imigresen KL, Putrajaya
Kesesakan luar biasa yang berlaku di pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini, adalah berpunca daripada penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh Selangor
PM ke-10: Anwar isytihar Isnin ini cuti umum
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin ini cuti umum.