PADA Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.
“Keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.
“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
BACA: Tol percuma, diskaun untuk balik kampung sempena Aidilfitri - Perdana Menteri
Pasti ramai yang merancang untuk pulang ke kampung bermula hujung bulan ini dan kepada anda, ini beberapa perkara yang perlu anda tahu berhubung pengumuman Perdana Menteri itu.
Tol percuma untuk 4 hari, bukan sepanjang minggu
Bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad)
Bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad)
Diskaun dinikmati semua pengguna berjumlah RM77.11 juta
Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.
Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.
Bukan semua lebuhraya berikan tol percuma:
Hanya sembilan lebuh raya memberikan tol percuma iaitu:
1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)
2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
3. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)
4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1
8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2
9. Lebuhraya KL - Karak (KLK)
Masih perlu gunakan SmartTAG, kad Touch ‘n Go, RFID
Benar, tol percuma namun anda masih perlu menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID kerana anda masih perlu menggunakan lorong di plaza tol.
Perlu diingat, kalau anda masuk melalui RFID, anda harus keluar melalui lorong RFID juga.
Patuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dari PLUS
BACA: Balik Kampung: PLUS saran pengguna patuhi cadangan waktu perjalanan
Selepas tol percuma itu diumumkan, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pulang beraya ke kampung.
Jadi, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut TTA seperti dicadangkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan atau tempoh perjalanan lebih panjang pada musim perayaan 29 April hingga 9 Mei ini.
Astro Awani
Tue Apr 26 2022

Ismail Sabri pada Isnin telah mengumumkan kerajaan memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. - Gambar fail

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

Harga Barang Naik | Peniaga mengeluh, mungkin terpaksa gulung tikar
Segelintir peniaga di Terengganu khuatir terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos operasi berikutan kenaikan harga barang serta kekurangan pelanggan. Mereka mendakwa, kenaikan harga barang menyebabkan orang ramai kurang berbelanja sekali gus menyebabkan pendapatan mereka merudum selain terpaksa menanggung kerugian.

Malaysia kekal pilihan pelabur runcit, menurut tinjauan 2022 CGS-CIMB
Tinjauan melibatkan 1,068 responden itu mendapati, 63% daripada pelabur runcit memilih Malaysia sebagai pasaran pilihan.

Banjir | Polis beri amaran sebar berita palsu ada kematian
Orang ramai terutamanya pengguna media sosial diingatkan tidak menyebarkan berita palsu mengenai kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di beberapa kampung sekitar Kupang, Baling. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memaklumkan, ia termasuk berita yang ditularkan mengenai kematian seorang mangsa akibat bencana berkenaan.

AWANI Pagi: Musim kemarau di Malaysia bermula, Adakah kita bersedia?
Sejak beberapa hari lalu, cuaca di Malaysia catat suhu panas melampau. Adakah musim kemarau di Malaysia sudah bermula? Adakah kita bersedia menghadapi perubahan itu? Apakah langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan untuk berdepan dengan cuaca panas melampau? #AWANInews #MalaysiaSihat

Banjir: 50,000 penduduk New South Wales diarah pindah
Keadaan ribut dijangka mula reda pada Selasa namun ancaman banjir masih berterusan sehingga hujung minggu ini.

AWANI Ringkas: Bendung ketirisan minyak masak subsidi

Baling Banjir: Sembilan sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah diminta bersiap sedia dan mengambil tindakan sewajarnya.

Trafik mula sesak hari ini, LLM nasihat patuh TTA, guna jalan alternatif
Trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) menghala ibu negara dijangka mula meningkat hari ini.

Aidilfitri: Aliran trafik di beberapa lebuh raya sesak pagi ini
Peningkatan aliran trafik hari ini sudah dijangka susulan pemberian tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia bersempena sambutan Aidilfitri.

Tol percuma: Keluar plaza tol sebelum 12 tengah malam
LLM turut menyarankan orang ramai supaya keluar terlebih dahulu di plaza tol berhampiran sekiranya mendapati sudah menghampiri tempoh tamat mendapatkan tol percuma itu.

Pengguna disaran dapatkan info terkini trafik di LLM, rancang perjalanan balik kampung
Pengguna lebuh raya disaran untuk mendapatkan perkembangan aliran trafik di platform media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.

Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur bergerak lancar, terkawal
Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur setakat ini dalam keadaan lancar dan terkawal.

Tol percuma sempena Aidilfitri: Ini lima perkara anda perlu tahu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Tol percuma, diskaun untuk balik kampung sempena Aidilfitri - Perdana Menteri
Tawaran tol percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Isu tol: Fahami keadaan kewangan kerajaan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat agar memahami keadaan kewangan kerajaan ketika ini.