awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagal raih Hadiah Nobel, tidak perlu fikir soal keamanan, kata Trump kepada PM Norway
PM Anwar terima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia
6 maut, 84 cedera dalam letupan kilang besi di Inner Mongolia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolak ekstremis agama demi keamanan negara - TPM Zahid

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
23/04/2017
09:08 MYT
Tolak ekstremis agama demi keamanan negara - TPM Zahid
Ahmad Zahid menerima cenderahati selepas merasmikan Karnival Ugadi 2017 di Dataran Merdeka hari ini. Turut hadir Presiden Persatuan Telugu Malaysia Datuk Dr Achaiah Kumar Rao (dua, kanan). --fotoBERNAMA
Demi mewujudkan keamanan yang berterusan dalam masyarakat, negara perlu memastikan tidak ada golongan ekstremis di kalangan mana-mana penganut agama.
Demikian tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan apa yang dikecapi hari ini mampu dikekalkan.
“Kita tidak mahu golongan ekstremis, sama ada ekstremis Islam atau ekstremis Hindu atau ekstremis Buddha atau ekstremis Kristian, atau ekstremis-ekstremis yang lain, kerana kita mahu mewujudkan keamanan di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya hari ini ketika merasmikan rumah terbuka Ugadi bagi masyarakat Telugu di Dataran Merdeka.
Beliau juga berharap agar masyarakat Malaysia mengenepikan perbezaan bangsa dan agama kerana kerajaan sentiasa memberi peluang kepada semua kaum untuk meraikan kebudayaan dan agama masing-masing.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Dataran Merdeka
#golongan ekstremis
#keamanan
#rumah terbuka Ugadi
#Telugu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan