TOLAK politik tipu helah, demikian tegas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebooknya Sabtu malam.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan bahawa politik bukan sekadar perebutan kuasa tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan.
"Untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan usang?" katanya.
Menerusi hantaran itu, Anwar mendakwa terdapat pihak yang menangguk di air yang keruh berikutan situasi politik semasa negara yang dilanda pelbagai isu termasuk mengenai peralihan kuasa.
"Dalam keadaan sekarang ada yang menangguk di air keruh, ada yang sekonyong-konyong (tiba-tiba) nak muncul jadi juara.
"Tetapi apa yang saya nak tegaskan, balik pada landasan.
"Politik ini bukan sepak terajang politikus untuk sekadar mencari helah taktik untuk merebut kuasa. Politik adalah terkait dengan urus tadbir, persoalan rakyat.
"Apakah dasar yang dikemukakan? Apakah dasar ini mengekalkan corak pentadbiran usang, lapuk rasuah menindas seperti yang berlaku, sekarang atau pun dahulu," katanya pada video bertajuk 'Tolak Politik Tipu Helah' itu.
Hantaran Anwar itu dilihat muncul susulan kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat yang menyokong penuh cadangan Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP, agar presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipilih sebagai calon untuk jawatan Perdana Menteri bagi pihak pembangkang - bagaimanapun Anwar dalam hantaran itu tidak merujuk kepada nama sesiapa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 27 2020
ANWAR: Apakah dasar yang dikemukakan? Apakah dasar ini mengekalkan corak pentadbiran usang, lapuk rasuah menindas seperti yang berlaku, sekarang atau pun dahulu. -Gambar fail
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Undang-undang larang lompat parti: Satu kemenangan rakyat - Anwar
Rang undang-undang berkaitan larangan tukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam merupakan satu kemenangan kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Isu penggunaan chopstick mengingatkan saya kepada Imam Daud Ting..' - Anwar
"...beliau yang merupakan penterjemah Al-Quran ke Bahasa Mandarin telah menghadiahkan chopstick kepada saya..." -kongsi Anwar
PRN Melaka: Tolong fikirkan nasib nelayan, kata Anwar mengenai projek tambakan laut
Sebarang projek tambakan laut di negeri ini tidak seharusnya berlaku sehingga menjejaskan nasib golongan nelayan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini - Sumber
Sesi menghadap itu bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pengesahan tentang calon Perdana Menteri kesembilan yang telah dipilih.
Raikan kehadiran Muharram dengan semangat hijrah demi perubahan - Anwar
Anwar menyeru agar kisah-kisah suci seperti yang ditonjolkan oleh Nabi dan sahabatnya dijadikan iktibar untuk membuka lembaran baharu.
Raikanlah Aidilfitri secara sederhana - Anwar Ibrahim
Ujar beliau, walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, namun jangan pernah lupa untuk terus berbuat kebaikan.
Anwar minta SPRM telus siasat dakwaan sogokan, ugutan libatkan 'Menteri Kanan'
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPRM lebih telus dalam menyiasat dakwaan terdapat sogokan dan ugutan yang melibatkan seorang 'Menteri Kanan'.
Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.
PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.
Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun individu berkenaan sudah menerima vaksin bagi mengelak jangkitan baharu, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.