Sikap taasub terhadap parti politik yang dilihat mengikis nilai-nilai murni harus ditolak dalam memelihara perpaduan, sekali gus mengekalkan keamanan dan mempertahankan kemerdekaan dikecapi sejak 63 tahun lepas.
Kelantangan masyarakat menghina pemimpin-pemimpin negara secara berleluasa terutama di media sosial, bukan suatu isu yang boleh diambil ringan, malah ia sebagai isyarat sesuatu harus dilakukan segera.
Timbalan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Fahami Ashrof Badaruddin berkata semangat perpaduan yang semakin luntur akibat obsesi generasi muda terhadap parti politik harus dihentikan dengan kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu menangkis budaya itu.
"Sempena merdeka kali ini apa yang kita ingin lihat ialah semangat perpaduan di dalam negara kembali dipupuk kerana hari ini kita melihat nilai-nilai murni sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum terhakis disebabkan taasub kepada parti politik.
"Ini perkara yang sangat serius dan kerajaan perlu ambil berat demi memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kembali dipupuk," katanya kepada Bernama sempena pelancaran Bulan Kebangsaan baru-baru ini.
Beliau berkata dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan belia, setiap kementerian dapat memainkan peranan masing-masing, dan bukan hanya digalas oleh Kementerian Belia dan Sukan semata-mata.
"Kementerian lain juga boleh anjur program dalam mendekati belia dan boleh bekerjasama dengan pertubuhan belia dalam negara untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan golongan belia," jelas Fahami Ashrof.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Johar berkata setiap anak muda harus mempunyai semangat patriotik yang tinggi supaya dapat menyumbang kepada pembangunan belia dan tanah air.
Jelasnya, peranan belia penting untuk berganding bahu bersama kerajaan mempertahankan kemerdekaan dengan melakukan aktiviti membina negara seperti kerja kesukarelawanan dan kesedaran sivik.
Katanya penggunaan teknologi kini dapat digunakan secara optimum dalam usaha semua pihak menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam suasana norma baharu ini.
Bagi Setiausaha Agung Majlis Belia Hindu Malaysia B. Ravichandran, golongan muda dapat dilatih menjadi 'tentera siber' untuk menangkis sebarang perkara yang dapat menggugat perpaduan negara terutama di media sosial.
"Hari ini media sosial merupakan arus perdana yang banyak digunakan golongan muda, maka ruang ini harus digunakan sebaiknya untuk memelihara perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini," kata pemenang Anugerah Perdana Belia Kategori Individu Lelaki Tahun 2019.
Katanya suntikan semangat kemerdekaan perlu diberikan setiap masa supaya ia terus subur dalam setiap anak muda sepanjang masa dan bukannya bermusim.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 08 2020

Hari ini kita melihat nilai-nilai murni sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum terhakis disebabkan taasub kepada parti politik, kata Fahami. - Gambar hiasan

Muhammad Ehsan yang lemas di New Zealand selamat dikebumikan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga Allahyarham yang berada di Malaysia.

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat
FAM menyambut baik keputusan KBS membenarkan pasukan negara menjalani kem latihan pusat.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tolak taasub politik, pertahan kemerdekaan - Pemimpin belia
Kelantangan masyarakat menghina pemimpin-pemimpin negara secara berleluasa terutama di media sosial, bukan suatu isu yang boleh diambil ringan, malah ia sebagai isyarat sesuatu harus dilakukan segera.

S. Pavithra kekal ikon anak Bandar Raya Ipoh - MBI
Rumaizi berkata, ini kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dihantar Pavithra, 28, kepada MBI berhubung penolakan tersebut.

Sabah anjur pelancaran Bulan Kebangsaan dengan SOP, norma baharu 28 Julai ini
Sabah akan menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat negeri pada 28 Julai ini.

Seramai 120 sertai Kembara Merdeka Berkeretapi Tanjung Aru ke Beaufort
Program berkenaan mampu mempromosi perkhidmatan kereta api negeri Sabah yang dahulunya merupakan penghubung utama dan penyumbang ekonomi bagi kampung-kampung sekitar.

Premis tidak kibar bendera boleh didenda
Pemilik premis diberi tempoh sehingga esok sebelum penguat kuasa MPK menjalankan operasi.

Peniaga 'roti terbang' zahir semangat merdeka dengan berpakaian Jalur Gemilang
Sebelum ini, dia hanya menghias gerai dengan pelbagai saiz Jalur Gemilang, namun, tahun ini, dia turut mengenakan pakaian berkaitan semangat patriotik kepada negara bagi menampilkan kelainan.

Rakyat perlu bebas daripada dijajah ideologi, ekonomi - Ahmad
Kelalaian bukan sahaja membawa kita mempersiakan negara tercinta tetapi turut melupakan diri dari tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan negara daripada dijajah kembali, kata Menteri Besar itu.

Tidak kira kaum, hina ATM tindakan jijik, tak boleh diterima - Mat Sabu
Mohamad Sabu berkata, pasukan pertahanan itu seharusnya dipandang tinggi atas pengorbanan selama ini dalam memastikan keamanan negara.

Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini amat bermakna kerana bermula di Melaka - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang menjadi amat bermakna pada tahun ini kerana ia bermula di Melaka.