Toleransi antara agama adalah tonggak keharmonian bangsa Malaysia yang harus dipertahankan oleh rakyat negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata adalah menjadi tanggungjawab setiap warga negara Malaysia untuk mempertahankan hubungan harmoni antara kaum yang dinikmati di negara ini.
Katanya, seluruh rakyat perlu menolak sebarang unsur negatif dari dalam atau luar yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.
"Apabila kita memahami dan menghormati agama lain, kita dapat mempertahankan keharmonian yang wujud sejak sekian lama ini.
Keharmonian bukan mudah untuk dicipta manakala toleransi bukan mudah untuk dipertahan. Maka jangan benarkan sebarang unsur negatif dari dalam atau luar yang boleh gugat keharmonian negara," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2016 di pusat beli-belah Pavilion, di sini malam semalam.
Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Ahmad Zahid berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang memberi komitmen rasmi untuk meraikan pelbagai perayaan menerusi usaha berterusan yang dilaksanakan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
"Saya difahamkan bahawa tahun depan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan menjalankan kempen hashtag #SayangMalaysia.
Program bertujuan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan penyertaan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan semasa mereka berada di Malaysia," katanya.
Beliau turut mengalu-alukan kedatangan pelancong luar negara yang kini berada di Malaysia dan berharap agar mereka dapat bersama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu di sini.
Majlis yang diadakan bermula 2 petang itu dimeriahkan dengan pelbagai acara kebudayaan yang menarik berkonsepkan 'cerita dongeng' serta persembahan nyanyian daripada beberapa artis terkenal tanah air.
Kira-kira 2,000 pengunjung dari dalam dan luar negara hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2016. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2016
Datuk Seri Ahmad Zahid ketika beramah mesra dengan pengunjung pada majlis perasmian Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2016 di pusat beli-belah Pavilion. -Astro AWANI/Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.