awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tong dram meletup, separuh badan melecur

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
15/02/2018
10:41 MYT
Tong dram meletup, separuh badan melecur
Mohammad Sallehuddin melecur lebih separuh anggota badannya selepas terkena letupan tong dram.
Seorang pemuda melecur lebih separuh anggota badannya selepas terkena letupan tong dram.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi tadi, mangsa Mohammad Sallehuddin Md Nor, 26 tahun, sedang menjalankan kerja-kerja kimpalan di sebuah bengkel di Kampung Baru Tebing Tembah, Paka.
Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azmi Abdul Rahim berkata, sejurus menerima panggilan pada jam 11.53 pagi, lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut Azmi, siasatan awal mendapati tong dram meletup akibat kerja-kerja bengkel.
"Kita dapati kebanyakan tong dram yang terdapat di bengkel tersebut masih mempunyai sisa-sisa bahan mudah terbakar di dalamnya.
"Akibat daripada kerja-kerja welding atau kerja-kerja pemotongan tong dram, berlaku percikan api yang boleh mencetuskan kebakaran," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun letupan itu tidak melibatkan struktur bangunan.
Azmi turut menasihatkan pengusaha bengkel supaya memastikan kandungan di dalam tong dikosongkan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja pemotongan dan kimpalan.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#kerja bengkel
#melecur
#tong dram
#tong dram meletup
#tong drum
#welding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan