awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tonto dalam tindakan PDRM

Sinar Harian
Sinar Harian
27/05/2022
23:30 MYT
Tonto dalam tindakan PDRM
ABD JALIL: Perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan ke atas sindiket tonto yang berperanan sebagai pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, kegiatan tonto yang mengekori dan mengawasi kenderaan JPJ telah dikesan pihaknya.
Menurutnya, tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ memberi cabaran kepada pihak berkuasa terbabit untuk menjalankan tugas.
"Perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan boleh diambil di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
"Ancaman tonto ini telah menimbulkan persepsi negatif untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Abd Jalil berkata, sejak tahun lalu hingga Mei tahun ini, lima laporan polis dibuat mengenai aktiviti penglibatan tonto.
Katanya, dua kertas siasatan telah berjaya dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
"PDRM mengingatkan orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sindiket tonto yang melindungi dan memberi maklumat kepada kenderaan yang melakukan kesalahan," tegasnya.
Tambah beliau, PDRM akan sentiasa membantu JPJ dan penguat kuasa lain sekiranya wujud ancaman semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tonto
#Abd Jalil Hassan
#JPJ
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan