awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
e-Invois fasa 4, STSDS fasa bermula esok, pemangkin reformasi percukaian digital negara
Sindiket pekerjaan Myawaddy: Mangsa dibiar kelaparan, dipukul dengan besi
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Total lockdown: Diskaun 6 bulan kepada penyewa tanah, bangunan kerajaan persekutuan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
08/06/2021
03:59 MYT
Total lockdown: Diskaun 6 bulan kepada penyewa tanah, bangunan kerajaan persekutuan
KeTSA komited membantu sektor di bawah kawalan yang terkesan akibat PKP termasuk dalam memastikan kebajikan rakyat ditingkatkan dan perlindungan hidupan liar terus terpelihara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) meneruskan pemberian diskaun kepada penyewa-penyewa tanah persekutuan dan ruang bangunan kerajaan persekutuan untuk tempoh 6 bulan bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini.
Menterinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, inisiatif tersebut diharap dapat membantu meringankan beban akibat pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
“Ia juga bagi memberi ruang penyusunan semula aliran tunai bagi mengekalkan perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, KeTSA turut meluluskan penyaluran dana segera berjumlah RM179,426.00 sebagai peruntukan awal bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada 10 premis Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) yang terjejas teruk susulan pelaksanaan PKP.
Mengulas lanjut, Shamsul berkata, selain ketiadaan sumber pendapatan akibat tiada kutipan tiket masuk, ZPT juga terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi termasuk bagi menyediakan bekalan makanan, ubat-ubatan dan pengurusan husbandri.
Peruntukan tersebut diberikan KeTSA melalui Akaun Amanah Konservasi Biodiversiti di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Bantuan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar pada kali ini adalah berdasarkan permohonan bagi keperluan segera oleh 10 premis ZPT berkenaan,” katanya lagi.
Ia merupakan kesinambungan bantuan sejumlah RM3.9 juta daripada kerajaan dan RM500,000 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang disalurkan secara berperingkat kepada 25 ZPT yang terjejas bermula Mei 2020.
Jelasnya, KeTSA komited membantu sektor di bawah kawalannya yang terkesan, termasuk bagi memastikan kebajikan rakyat ditingkatkan dan perlindungan hidupan liar terus terpelihara.
Topic Berkaitan
#zoo
#ketsa
#Perhilitan
#Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar
#hidupan liar
#dana
#bantuan
#penyusunan semula
#aliran tunai
#perniagaan
#perintah kawalan pergerakan
#sekatan pergerakan penuh
#TNB
#PKP
#Shamsul Anuar Nasarah
#kerajaan Persekutuan
#tanah persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan