KUALA LUMPUR: Pelaksanaan total lockdown di seluruh negara akan mengelakkan sistem perkhidmatan kesihatan terus tenat, kata Profesor Madya Dr Malina Osman.
Jelas Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, paling penting menjaga kesihatan diri, ahli keluarga dan mengelakkan sebarang potensi untuk mendapat penularan pandemik.
"Kita ada satu penanda aras, maksudnya ada waktu tertentu kita harus mempertimbangkan antara ekonomi dan kesihatan, tetapi dalam keadaan ini dengan pertambahan kes yang menghampiri 50,000 kes aktif dan angka kematian yang kian meningkat dari hari ke hari dan sistem perkhidmatan kita yang semakin tertekan, lebih 80 ke 90 peratus hospital penuh dan sebahagian melaporkan wad serta ICU penuh.
"Jadi keperluan untuk total lockdown adalah untuk memberikan kelegaan sementara kepada sistem perkhidmatan kesihatan supaya mereka dapat bernafas," kata Dr Malina.
"Dalam masa sama kita dapat menumpukan kepada mereka yang sedang sakit dan diberikan rawatan sebaik-baiknya. Jika ini tidak dapat dikawal, saya bimbang angka kematian akan terus meningkat dan keadaan yang sangat kita bimbangkan bakal berlaku," katanya semasa sidang video pada Rabu.
TONTON: Kita mahu ‘lockdown’ yang lebih bersasar, efektif dan berkesan
BACA: 6,075 kes COVID-19 dalam negara, tertinggi sejak pandemik bermula
Terdahulu, Malaysia merekodkan 6,075 kes COVID-19 hari ini, tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu.
Menerusi akaun Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,251 kes .
Dalam pada itu jelas Dr Malina, peningkatan jumlah kes disebabkan kombinasi pelbagai faktor termasuk ujian saringan agresif selain kehadiran varian baharu yang menyebabkan kadar jangkitan amat cepat serta mudah tersebar
Tegasnya, ia juga disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam musim hari raya baru-baru.
Dalam isu berkaitan, Dr Malina mahu kesedaran penerimaan vaksin dipertingkatkan kerana ia menyumbang kepada keperluan untuk mencapai imuniti kelompok yang sangat-sangat diperlukan.
Astro Awani
Wed May 19 2021
Dr Malina mahu kesedaran penerimaan vaksin dipertingkatkan kerana ia menyumbang kepada keperluan untuk mencapai imuniti kelompok yang sangat diperlukan. - Foto Astro AWANI
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.