awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Total lockdown': Polis perketat pemantauan SOP di luar bandar - KPN

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
31/05/2021
10:47 MYT
'Total lockdown': Polis perketat pemantauan SOP di luar bandar - KPN
Menurut Acryl Sani, pasukan pemantauan SOP termasuk pasukan yang akan melakukan pemeriksaan mengejut akan terus digerakkan selepas ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Susulan laporan mendakwa kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan luar bandar tidak begitu menggalakkan, polis akan memperketatkan lagi kawalan dan pemantauan di kawasan tersebut.
Selain itu Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, memandangkan premis perniagaan ditutup pada 8.00 malam, tiada sebab untuk orang awam berada di luar selepas waktu tersebut.
Tegasnya, pasukan pemantauan SOP termasuk pasukan yang akan melakukan pemeriksaan mengejut akan terus digerakkan selepas ini.
“Kawasan di luar bandar, kadar pematuhan itu diberitakan kurang menggalakkan, kerana dikatakan bahawa di luar daripada kawasan liputan pemeriksaan polis.
“Jadi kita akan pastikan di kawasan mana yang orang kampung suka berkunjung, di simpang-simpang di wakaf-wakaf, itu kita akan pastikan akan diliputi oleh pasukan pemantau dan pemeriksaan mengejut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Isnin.
[SIDANG MEDIA] Ketua Polis Negara | 31 Mei 2021
Tambah beliau, sekatan pergerakan penuh (total lockdown) yang dilaksanakan bermula 1 Jun bukanlah perintah berkurung.
“Jadi kalau kita jumpa mana-mana kumpulan atau orang ramai yang masih berkeliaran pada waktu tertentu (selepas 8.00 malam), kita akan nasihatkan mereka untuk balik.
“Tetapi kena ingat, 10 kilometer radius masih terpakai. Kalau melepasinya, maka tentu sekali mereka melanggar peraturan ditetapkan,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#SOP
#Bukit Aman
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani
#perintah berkurung
#sekatan pergerakan penuh
#PKP
#PKP 3 0
#premis tutup
#Pantau
#luar bandar
#tindakan
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan