awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Total lockdown': Tangguh semua mesyuarat agung tahunan, kecuali secara maya - RoS

Bernama
Bernama
09/06/2021
09:04 MYT
'Total lockdown': Tangguh semua mesyuarat agung tahunan, kecuali secara maya - RoS
Pengecualian diberikan jika mesyuarat itu mampu dilakukan secara maya menurut SOP PKP dan memenuhi syarat-syarat asas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Semua pertubuhan berdaftar hendaklah menangguhkan mesyuarat agung tahunan masing-masing, selaras pelaksaaan sekatan pengerakan penuh dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Jun, demikian menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
ROS dalam kenyataan bagimanapun memaklumkan pengecualian diberikan jika mesyuarat itu mampu dilakukan secara maya menurut prosedur operasi standard (SOP) PKP dan memenuhi syarat-syarat asas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan seperti yang termaktub dalam perlembagaan pertubuhan masing-masing.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat agung tahunan boleh dilaksanakan dalam tempoh PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) dengan pematuhan ketat berdasarkan kepada SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan RoS.
"Sehubungan itu, semua pertubuhan berdaftar hendaklah mengemukakan permohonan bertulis bagi tujuan penangguhan pelaksanaan mesyuarat agung tahunan kepada ROS dengan mengemukakan cadangan tarikh pelaksanaan dan SOP tambahan sebaik sahaja tempoh PKP berakhir.
"Semua pertubuhan hendaklah mengemukakan penyata tahunan kepada RoS dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung tahunan diadakan selaras dengan peruntukan Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)," menurut kenyataan itu, hari ini.
Tegas RoS, pertubuhan berdaftar hendaklah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahun bagi memastikan pengurusan pertubuhan dapat dilaksanakan dengan baik selaras dengan kehendak perlembagaan pertubuhan dan akta sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesyuarat Agung Tahunan
#ditangguhkan
#maya
#online
#total lockdown
#PKP
#pertubuhan berdaftar
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan