KOTA TINGGI: Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata proses ke arah itu akan dilakukan dalam masa enam bulan sebelum ia dijangka dapat dikorporatkan pada akhir tahun ini.
"Dengan ini, kita akan berpeluang untuk mengambil pekerja yang mempunyai latar belakang pelancongan yang kukuh supaya mereka boleh membantu meningkatkan pemasaran dan produk-produk pelancongan.
" ... ia penting kerana Tourism Johor ialah agensi yang menerajui usaha-usaha pelancongan di Johor, (malah) pengkorporatan bukan suatu perkara baharu kerana negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor telah melaksanakan inisiatif terbabit," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pemerkasaan Pelancongan Negeri Johor di sini pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K Raven Kumar dan Pengarah Tourism Johor Sharil Nizam Abdul Rahim.
Onn Hafiz pada masa sama berkata langkah bagi mengkorporatkan agensi berkenaan sebelum ini turut dibangkitkan kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
"Perkara ini dibangkitkan sendiri oleh Pemangku Sultan Johor yang bertanyakan kepada saya, bila kita hendak korporatkan Tourism Johor, insya-Allah kita akan lakukan tahun ini supaya kualiti agensi ini dapat ditingkatkan," katanya.
Sementara itu, Sharil Nizam berkata langkah bagi mengkorporatkan Tourism Johor akan membantu memperbesar skop pengurusan agensi terbabit.
"Pengkorporatan untuk Tourism Johor sebenarnya amat baik dan kita sendiri dari segi cara untuk bekerja dan pelaksanaan pengurusan akan menjadi lebih besar dan baik. Selain itu, kita juga akan mudah untuk berkolaborasi dengan pihak-pihak swasta, luar negeri dan negara," katanya.
Terdahulu, Onn Hafiz berkata bengkel pemerkasaan yang dilaksanakan hari ini memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mengadakan libat urus bersama pemain industri pelancongan bersempena dengan persediaan Tahun Melawat Johor 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Onn Hafiz berkata proses ke arah itu akan dilakukan dalam masa enam bulan sebelum ia dijangka dapat dikorporatkan pada akhir tahun ini. - Foto fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Thailand catat KDNK 1.5 peratus dalam suku pertama
KDNK dalam tempoh Januari-Mac perlahan disebabkan oleh penurunan dalam pelaburan awam, perbelanjaan kerajaan dan eksport barangan.
Malaysia sertai Persidangan Antarabangsa Menteri-Menteri Kebudayaan di Turkmenistan
Malaysia merupakan antara negara yang menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Kebudayaan Antarabangsa yang bermula semalam di Ashgabat, kata Duta Turkmenistan ke Malaysia M. Mashalov.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sherpa Kami Rita pecah rekod sendiri dengan pendakian Everest buat kali ke-29
Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau tersebut.
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.