PETALING JAYA: Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 dan lagu Cuti-Cuti Malaysia versi kedua dalam usaha merancakkan sektor pelancongan domestik negara seiring Fasa Peralihan ke Endemik.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelan pemulihan itu adalah kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) dan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.
"Inisiatif ini diharap dapat mengembalikan keyakinan untuk melancong, menyemarakkan pelancongan domestik serta memaksimumkan sumber sedia ada," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pelan itu di sini hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Nancy berkata sasaran pelan itu ialah meningkatkan mobiliti rakyat Malaysia untuk melancong dan berbelanja menerusi pelbagai diskaun pengangkutan darat, udara dan penginapan.
Menurut beliau, pemberian diskaun, baucar dan rebat yang bermula pada 29 April lepas melibatkan dua kluster iaitu Kluster Pengangkutan Darat dan Kluster Persatuan Pelancongan.
Inisiatif itu bakal diperluas secara berperingkat melibatkan Kluster Pengangkutan Udara dan Kluster Penginapan, selain Kluster Pelancongan Minat Khas merangkumi segmen selam skuba, inap desa, beli-belah dan taman tema, katanya.
Beliau berkata usaha itu bertujuan menarik minat orang ramai untuk membuat tempahan tiket pengangkutan atau pakej pelancongan pada harga diskaun istimewa.
Nancy berkata turut ditawarkan kepada rakyat Malaysia menerusi pelan tersebut ialah diskaun sebanyak RM100 untuk satu transaksi pembelian pakej pelancongan bernilai RM200 ke atas, bermula 29 April sehingga 31 Okt bagi tempoh perjalanan sehingga 31 Dis ini.
Katanya, setiap pengguna atau pemegang MyKad layak untuk menebus sekali sahaja diskaun berkenaan dan pembelian perlu dibuat melalui Shopee Pay.
Selain itu, Nancy berkata dianggarkan seramai 14,925 pengguna bakal menerima manfaat itu dengan sasaran penjualan pakej percutian keseluruhan bernilai RM2,985,000.
Beliau berkata di bawah Kluster Pengangkutan Darat pula, Tourism Malaysia menjalin kerjasama strategik bersama perkhidmatan KLIA Ekspres dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Sementara itu, Nancy berkata lagu Cuti-Cuti Malaysia versi kedua yang turut dilancarkan hari ini, adalah bersesuaian dengan peningkatan promosi kempen Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia.
Lagu berjudul 'Menemui Semula' dinyanyikan oleh artis popular Aina Abdul itu, berkonsepkan pop etnik dengan kombinasi world music, hip hop dan tarian elektronik.
Antara elemen yang terkandung dalam lirik lagu itu ialah menerokai khazanah alam semula jadi, bercuti bersama keluarga serta menikmati pengalaman melancong dalam negara yang kaya dengan keindahan dan destinasi yang boleh diterokai.
Turut dilancarkan ialah aplikasi risalah digital baharu Tourism Malaysia yang boleh didapati di Google Play dan App Store.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (kanan) bersama penyanyi Aina Abdul selepas melancarkan Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 dan lagu Cuti-cuti Malaysia versi kedua di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA

RM40 juta kos selenggara di Cameron Highlands - TNB
Kos tersebut antara yang tertinggi berbanding negeri lain ekoran masalah bahan buangan di kawasan itu adalah yang paling teruk.

KDNK | Pertumbuhan KDNK suku kedua Malaysia 8.9 peratus
Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan KWSP Dr Afzanizam Rashid menjelaskan, ini menunjukkan dasar-dasar kerajaan sebelum ini memberi kesan yang diharapkan rakyat setelah kegiataan ekonomi dibuka dengan baik serta pembukaan sempadan negara yang disokong oleh pasaran buruh yang semakin baik. Angka perbelanjaan pengguna juga dilihat melonjak kepada 18.3 peratus, memberi gambaran ekonomi domestik berada didalam keadaan yang baik.

Pergaduhan Kartel | 11 maut termasuk orang awam
Seramai 11 orang maut, termasuk orang awam dalam kejadian rusuhan kartel yang bermula di dalam penjara sebelum merebak ke jalan-jalan di Ciudad Juarez, Mexico City pada Jumaat. Menurut Timbalan Setiausaha Keselamatan Kerajaan, Ricardo Mejia Berdeja, keganasan tercetus di dalam penjara negeri apabila ahli kartel dadah Mexicles menyerang ahli Chapos pada tengahari.

Ribut | Peruntukan RM1 juta baiki kerosakan rumah
Seramai 93 mangsa daripada 22 keluarga insiden ribut di rumah pangsa ros merah di Taman Johor Jaya di pindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, Dalam masa sama, kerajaan Johor akan berusaha mendapatkan bantuan membaik pulih segera yang dianggarkan melibatkan kos RM1 juta.

Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

Dari pondok kayu ke Rumah Rakyat Pahang
Mohd Sabree melahirkan rasa syukur menerima rumah baharu secara percuma yang diberikan Kerajaan Pahang di Kampung Temai Hilir.

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Ong Hong Peng dilantik Pengerusi Tourism Malaysia
Ong Hong Peng dinamakan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia berkuat kuasa 4 Ogos lalu menggantikan Datuk Seri Ramlan Ibrahim.

Promosi pakej durian rancak semula industri pelancongan, ekonomi
Tourism Malaysia menganjurkan Program Pakej Durian sebagai salah satu usaha merancakkan semula aktiviti dan promosi pelancongan domestik.

Tourism Malaysia tawar pakej Durian Tourism
Pakej itu dijalankan di sekitar negeri wilayah utara dengan sasaran pulangan lebih RM100,000 kepada pengusaha agensi pelancongan yang menyertainya.

Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala | Dagang News

Tourism Malaysia anjur jerayawara di Korea Selatan tingkatkan ketibaan pelancong
Promosi Minggu Malaysia akan diadakan di Pulau Nami, sambil beberapa sesi 'travel mart' diadakan di Busan, Daegu, Gwangju, Daejon.

Tourism Malaysia lancar Pelan Pemulihan Pelancongan 2022
Pelan pemulihan itu adalah kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) dan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.

Tourism Malaysia perkuat kerjasama dengan penerbangan antarabangsa tarik pelancong
Tourism Malaysia mempergiatkan lagi usaha pemasaran untuk menarik lebih ramai pelancong dari Asia Barat.

Malaysia sedia sambut pengembara pelayaran susulan pembukaan penuh sempadan
Tourism Malaysia berkata ia juga sebahagian usaha negara mempromosi pelancongan pelayaran serta menarik lebih ramai pengusaha kapal untuk berlabuh di Malaysia.

ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia.

Industri pelancongan negara bernafas semula
Lapangan terbang di seluruh negara menerima 119 penerbangan pada hari pertama pembukaan semula sempadan negara 1 April lalu.