awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tourism Malaysia menang Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Terbaik di ITTA

Bernama
Bernama
17/12/2022
04:40 MYT
Tourism Malaysia menang Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Terbaik di ITTA
Tourism Malaysia memenangi kategori Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Terbaik untuk kali ketiga berturut-turut. - Foto Facebook/Tourism Malaysia
JAKARTA: Tourism Malaysia memenangi kategori Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Terbaik untuk kali ketiga berturut-turut pada Anugerah Pengembaraan dan Pelancongan Indonesia (ITTA) ke-13 2022/2023.
ITTA yang dianjurkan oleh Yayasan ITTA memberi penghormatan kepada agensi pelancongan, hotel, pelabur dan lembaga pelancongan asing atas usaha mereka menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan pelancongan Indonesia.
Anugerah itu disampaikan kepada pengarah Tourism Malaysia Jakarta Junus Suhid, di sini malam Jumaat.
Ketua pengarahnya Datuk Zainuddin Abdul Wahab mengalu-alukan pengiktirafan itu sambil berkata anugerah itu dilihat sebagai penghormatan kepada peranan dan penyertaan Tourism Malaysia dalam mempromosikan pelancongan melalui platform media sosial dan arus perdana, serta penglibatannya dengan pemain industri dan media Indonesia.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata agensi itu akan memulihkan lagi keyakinan pemain industri untuk terus mempromosikan dan menjual produk pelancongan Malaysia.
Bagi pasaran Indonesia, Tourism Malaysia Jakarta optimis bahawa lebih sejuta pelancong Indonesia akan melawat negara itu pada tahun ini, sejak sempadan antarabangsanya dibuka semula pada 1 April, katanya.
Junus berkata pasukannya telah berkolaborasi dengan sektor pelancongan Indonesia, termasuk ejen pelancongan, pengendali pelancongan dan pihak berkuasa di Jayapura, Manado dan Pontianak untuk mempromosikan pelancongan dua hala.
"Walaupun Malaysia menerima ramai pelancong melawat Semenanjung dan Sarawak, kami juga ingin melihat rakyat Malaysia melawat destinasi di Indonesia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tourism Malaysia
#ITTA
#Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Terbaik
#Zainuddin Abdul Wahab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan