Toyota Fortuner 2016 sudah muncul

Paling menonjol adalah penggayaan lampu hadapan dan bampar yang agresif. Pandangan dari sisi pula menunjukkan ‘overhang’ hadapan yang pendek, fender yang jelas serta lampu belakang yang membalut hingga ke sisi. Turut istimewa adalah cermin sisi-belakang yang digelapkan untuk memberi kesan bagaikan bumbung yang terapung.
Semua ini ditambah pula dengan spesifikasi yang ditambah baik termasuk pilihan kotak gear manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan.
Bagi memberikan kemampuan tambahan di atas permukaan lasak, differential belakang boleh dikunci untuk menyalurkan jumlah tork sama rata kepada keempat-empat tayar. Pemandu masih boleh memilih untuk memacu hanya dua tayar dengan memutar tombol kawalan di dalam kabin. (Klik untuk galeri penuh)
Antara ciri-ciri standard adalah kamera undur, tujuh beg udara dan corong penghawa dingin pada bahagian belakang. Selain itu pembeli diberikan sistem audio dengan skrin sentuh dan fungsi ‘Toyota Link’ untuk kemampuan ketersambungan.
Enjin
Antara fokus pada enjin-enjin baharu ini adalah pengekalan suhu ketika ia aktif. Ini dicapai melalui teknologi insulasi haba Thermo Swing Wall serta penggunaan bahan aluminium/silika pada piston yang 30% lebih efektif untuk mengekalkan suhu tinggi; dan kemudian penyejukkan selepas enjin dimatikan.
Enjin turbodiesel ini menggunakan pengecas turbo yang 30% lebih kecil daripada yang setandingnya beserta memberi tindak balas lebih pantas.
Antara ciri-ciri standard adalah kamera undur, tujuh beg udara dan corong penghawa dingin pada bahagian belakang. Selain itu pembeli diberikan sistem audio dengan skrin sentuh dan fungsi ‘Toyota Link’ untuk kemampuan ketersambungan.
Enjin
Antara fokus pada enjin-enjin baharu ini adalah pengekalan suhu ketika ia aktif. Ini dicapai melalui teknologi insulasi haba Thermo Swing Wall serta penggunaan bahan aluminium/silika pada piston yang 30% lebih efektif untuk mengekalkan suhu tinggi; dan kemudian penyejukkan selepas enjin dimatikan.
Enjin turbodiesel ini menggunakan pengecas turbo yang 30% lebih kecil daripada yang setandingnya beserta memberi tindak balas lebih pantas.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

