DREBAR
Toyota perkenalkan enjin-enjin ultra-cekap



Toyota turut mendakwa bahawa enjin turbo baharu mereka ini mempunyai kadar pembakaran bahan api yang setanding kebanyakkan enjin bukan-hibrid terbaik sekarang. Memandangkan unit kuasa hibrid Toyota mempunyai standard yang cukup tinggi, ini adalah satu kenyataan yang berani. Mengikut jadual yang dibekalkan Toyota di bawah, ia juga lebih cekap daripada enjin Lexus NX 200t terbaharu (dengan sesaran 2.0-liter).
Berbanding hampir kesemua enjin ‘downsize’ moden lain, pancitan dalam silinder (direct injection) tidak digunakan untuk 8NR-FTS ini. Namun, rekaan intake port – bersama pancitan multi-port – yang optimakan proses pembakaran dikatakan banyak membantu, di samping penggunaan pengecas turbo.
Intercooler penyejukan-cecair juga dibantu dengan bahagian atas silinder (cylinder head) yang mempunyai manifold ekzos yang disejukkan dengan aliran cecair.


Maklumat mengenai kuasa yang dihasilkan enjin ini belum lagi rasmi daripada Toyota sendiri, tetapi ada laporan lain menyatakan output maksimum adalah 114hp dengan tork sebanyak 185Nm. Kuasa tork itu dilaporkan terjadi diantara 1,500rpm hingga 4,000rpm.
Angka yang dikatakan Toyota sebagai kadar penggunaan bahan api adalah 19.4 km/L, ataupun 5.2 liter/100km. Ini mengatasi standard Akta Penggunaan Tenaga Secara Rasional di negara Jepun dengan sebanyak 10%. Tambahan lagi, pengeluaran gas ekzos adalah 75% lebih rendah daripada standard 2005 yang diguna pakai pihak berkuasa Jepun untuk kereta emisi-rendah. Lantas, enjin ini – atau lebih tepat Toyota Auris – dapat menikmati subsidi dan insentif cukai untuk kereta ‘Eco’ daripada kerajaan Jepun.
- Nota: Untuk perbandingan, enjin 1.2-liter TSI Volkswagen yang digunakan untuk model Beetle menghasilkan 104hp dan 175Nm, di mana tork itu terhasil diantara 1,550rpm hingga 4,100rpm
Perkara berkaitan
Enjin 8NR-FTS ini adalah antara dua enjin generasi baharu yang akan diperkenalkan pada tahun 2015. Satu lagi yang bakal menjelma adalah sebuah lagi enjin NR – tetapi tanpa pengecas turbo – dengan sesaran 1.5-liter (4-silinder). Ia akan menggunakan nisbah mampatan (compression ratio) yang tinggi iaitu 13.5:1. Unit ini akan akan mula digunakan pada model Corolla yang mendatang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami