Toyota S-FR Racing Concept akan muncul di Tokyo Auto Salon


S-FR Racing Concept ini ditambah baik dengan fender lebih lebar, liang pada bonet bagi pengaliran udara dan pelbagai komponen yang diperbuat daripada gentian karbon. Mengikut maklumat yang diberikan Toyota, ia juga mempunyai ukuran yang sedikit berbeza dengan konsep S-FR, pastinya untuk memberi kelebihan dari segi prestasi.
| Konsep S-FR standard | S-FR Racing Concept | |
| Panjang | 3,990mm | 4,100mm |
| Lebar | 1,695mm | 1,735mm |
| Tinggi | 1,320mm | 1,270mm |
| Wheelbase | 2,480mm | 2,480mm |
Diasaskan daripada konsep S-FR yang pertama kali muncul pada pameran kereta Tokyo baru-baru ini (seperti gambar di bawah), ia digambarkan sebagai sebuah model pengenalan (entry-level) yang kembali kepada zaman di mana kereta sport adalah lebih ringan dan kecil. Kapasiti tempat duduk adalah untuk empat orang.


Dengan enjin di hadapan dan pacuan roda belakang, S-FR ini direka untuk imbangan berat yang sempurna dan menepati citarasa pemandu berprestasi tinggi yang inginkan tindak balas pantas dan kelincahan casis. Ini ditambah pula dengan kotak gear manual 6-kelajuan.
Namun, tidak ada lagi maklumat terperinci berkenaan enjin yang digunakan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

