Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan sehari ke Melaka pada Selasa.

Bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka pada pukul 9.15 pagi.

Menyambut ketibaan beliau ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan barisan kepimpinan negeri.

Lawatan dimulakan dengan pertemuan parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di pejabat Umno Melaka.

Ia diadakan secara tertutup.

Pertemuan bagi membincangkan taklimat Pilihan Raya Umum ke-13, turut dihadiri Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau selepas itu menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia dan penyampaian wang bantuan RM100 kepada pelajar sekolah di Paya Rumput.