awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Qatar adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Khamis

Bernama
Bernama
11/08/2022
10:46 MYT
TPM Qatar adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Khamis
Timbalan Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani mengadakan lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia bermula Khamis (11 Ogos). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menerima Timbalan Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Malaysia bermula Khamis (11 Ogos).
Lawatan itu merupakan susulan ke atas lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Qatar pada Mac 2022, serta sebagai persiapan awal untuk Lawatan Negara oleh Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani ke Malaysia pada 2023.
Saifuddin Abdullah dan Sheikh Mohammed akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi merangka hala tuju mengenai pelbagai isu kepentingan bersama antara Malaysia dan Qatar.
Agenda utama adalah untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kerjasama memerangi pandemik dan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Semasa lawatan itu, Sheikh Mohammed juga dijadual mengadakan kunjungan mengadap ke atas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri.
Beliau juga akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurut Wisma Putra, Qatar merupakan rakan dagang, destinasi eksport dan sumber import keenam terbesar Malaysia di kalangan negara Asia Barat. Jumlah dagangan Malaysia-Qatar pada 2021 bernilai USD634.2 juta (RM2.63 bilion). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#TPM Qatar lawat Malaysia
#Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani
#lawatan rasmi
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan