MALAYSIA
TPM 'tidak yakin' pindaan RUU 355 dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini

Menurut TPM Ahmad Zahid, RUU 355 akan dibentangkan anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak yakin pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.
"Sidang Parlimen dijadualkan berakhir pada 6 April. Saya rasa ia tidak akan dibentangkan.
"Namun, itu yang saya rasa. Keputusannya terletak pada budi bicara Speaker Dewan Rakyat," kata Ahmad Zahid.
Pada Rabu lalu, Barisan Nasional (BN) membuat keputusan secara konsensus untuk tidak membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami