awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA: Malaysia akan ikut konsensus

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
09/11/2017
08:11 MYT
TPPA: Malaysia akan ikut konsensus
Menurut Ong, terdapat beberapa klausa yang Malaysia ingin keluarkan dari TPPA sekiranya AS tidak menyertainya dan tindakan ini memerlukan persetujuan dari baki 11 negara yang masih berunding. - Gambar fail
Malaysia akan mengikut sebarang keputusan yang dicapai secara konsensus antara negara ahli dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, TPPA masih boleh direalisasikan tanpa penglibatan Amerika Syarikat (AS).
"Bagi kita, kalau 11 negara ada keazaman untuk meneruskan tanpa Amerika, kita akan ikut sama.
"Kalau tidak, tiada maknanya bagi Malaysia akan menyertai perjanjian ini," jelasnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 atau Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.
Ini kerana, menurut Ong, terdapat beberapa klausa yang Malaysia ingin keluarkan dari TPPA sekiranya AS tidak menyertainya dan tindakan ini memerlukan persetujuan dari baki 11 negara yang masih berunding.
BACA: Trump ikrar tarik AS keluar dari TPPA pada hari pertama bertugas
BACA: Malaysia tidak terkejut pengumuman Trump keluar TPPA - Tok Pa
Sebelum ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dalam menilai penyertaan Malaysia dalam TPPA tanpa AS, pertimbangan penting ialah kemungkinan Malaysia akan kehilangan peluang ekonomi sekiranya 10 negara lain memutuskan untuk meneruskan perjanjian tersebut.
Pada Januari tahun ini, AS mengeluarkan notifikasi penarikan diri dari TPPA, mengotakan janji pilihan rayanya pada 2016.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bajet 2018
#Dewan Rakyat
#ekonomi
#Mustapa Mohamed
#Ong Ka Chuan
#Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan