awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL
Politik Perlis: 4 ADUN Bersatu angkat sumpah Exco, MB pegang enam portfolio
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tradisi makan colek selepas tarawih kembali meriah

Bernama
Bernama
05/04/2022
05:04 MYT
Tradisi makan colek selepas tarawih kembali meriah
Di Kelantan, aktiviti makan colek popular khususnya selepas menunaikan solat tarawih. - Gambar Astro AWANI
KOTA BHARU: Fasa Peralihan ke Endemik memberi nafas baharu kepada peniaga colek di daerah ini yang tidak menang tangan melayan kunjungan pelanggan yang memenuhi gerai jualan selepas menunaikan solat tarawih.
Seorang peniaga, Nor Azizah Mohd Nor, 44, yang menjalankan perniagaan di Melor, dekat sini, berkata, beliau menyediakan 30 jenis colek tahun ini bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Bercakap kepada Bernama, Nor Azizah berkata, antara colek yang menjadi kegemaran ialah celup tepung seperti udang, paru, ikan, bebola ikan, sosej, isi ketam, isi udang, keropok lekor, popia dan colek 'malas' (jemput-jemput diperbuat daripada tepung) serta buah-buahan.
"Colek ini dijual dengan harga serendah RM1 hingga RM5 setiap satu.
"Saya jual colek dengan harga murah kerana niat untuk membolehkan penduduk di sekitar Melor, Ketereh, Kadok, Mahligai, Gunong dan Pasir Puteh dapat sama-sama menikmati keenakannya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Ditanya mengenai keistimewaan colek jualannya, Nor Azizah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Zah Petron Melor berkata, beliau menawarkan tiga jenis rasa iaitu colek nisey kerek (gula melaka), colek pedas yang diletakkan cili kering dan colek manisan gula.
"Saya buka perniagaan bermula 8 malam hingga 12 tengah malam. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sejak hari pertama puasa.
"Saya rasa sangat bersyukur tahun ini dapat berniaga seperti biasa berbanding hanya pembelian secara bungkus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini," katanya yang dibantu tujuh pekerja setiap hari.
Di Kelantan, aktiviti makan colek popular khususnya selepas menunaikan solat tarawih. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#colek
#makan colek
#Kelantan
#tarawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan