awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow

Bernama
Bernama
13/04/2024
12:00 MYT
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang selaku Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DAP Pulau Pinang di SJKC Shang Wu hari ini. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata setiap rakyat perlu bersatu padu kerana ia antara asas penting dalam memastikan setiap agenda yang direncanakan oleh kerajaan untuk membangunkan negara dapat dicapai.
"Kita perlu mengambil perhatian bahawa apa yang berlaku di negara pada masa ini memerlukan semangat perpaduan, bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan demi membawa negara kita ke hala tuju pemulihan ekonomi di samping menjaga kebajikan rakyat.
"Di samping itu, kita juga perlu ada semangat kekitaan kerana jika tidak, meskipun (Malaysia) menjadi negara maju ia tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya berlaku perpecahan dan kacau bilau antara kaum," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran DAP Pulau Pinang di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Shang Wu hari ini.
Turut hadir Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng dan Setiausaha DAP Pulau Pinang merangkap Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Dalam pada itu, Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berharap kemajmukan masyarakat di negeri ini dapat dijadikan contoh bagaimana pembangunan dapat dicapai sekiranya rakyat daripada pelbagai kaum hidup dalam suasana harmoni dan penuh toleransi.
Terdahulu, lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri majlis rumah terbuka itu dengan pelbagai juadah disediakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah terbuka
#WADAH
#perpaduan
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan