awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik di lebuh raya utama menuju Kuala Lumpur masih sesak

Bernama
Bernama
05/05/2022
15:32 MYT
Trafik di lebuh raya utama menuju Kuala Lumpur masih sesak
Antara kawasan sesak ialah PLUS menghala ke Kuala Lumpur di Bukit Tambun ke Jawi, Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Simpang Pulai ke Gopeng dan dari kawasan mendaki di Gua Tempurung hingga ke Sungkai. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala ke ibu kota di lebuh raya utama masih mengalami kesesakan berikutan warga kota mula pulang selepas cuti Aidilfitri di kampung masing-masing.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata setakat 10 malam tadi, trafik di Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur sesak di Bukit Tambun ke Jawi, Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Simpang Pulai ke Gopeng dan dari kawasan mendaki di Gua Tempurung hingga ke Sungkai.
"Trafik turut sesak di Pedas Linggi menuju Port Dickson, Pagoh ke Jasin, Melaka dan Simpang Ampat ke Port Dickson," katanya kepada Bernama.
Beliau juga berkata bagi laluan dari timur, trafik sesak selepas Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#trafik sesak
#lebuh raya
#pulang semula ke kota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan