KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang mengalami kesesakan susulan orang ramai mengambil peluang tol percuma di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bermula tengah malam tadi hingga esok untuk pulang ke rumah masing-masing selepas cuti .Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ) berkata setakat tengah hari ini, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah Lembah Klang sesak di Sungai Petani Selatan ke Bertam, Permatang Pauh ke Perai dan Juru ke Bandar Cassia.
"Trafik sesak sepanjang 10 kilometer di Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Bukit Merah ke Taiping, Sungai Perak ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai, kawasan mendaki di Gua Tempurung ke Tapah, Kawasan Rehat dan Rawat Tapah ke Bidor, Ladang Bikam ke Sungkai dan Bukit Beruntung ke Rawang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya lagi, bagi aliran trafik dari Pantai Timur, kesesakan dilaporkan berlaku di Karak menuju ke Bukit Tinggi dan dari arah selatan trafik sesak dari Skudai ke Kulai, Yong Peng ke Pagoh dan Kawasan Rehat dan Rawat Senawang ke Port Dickson.
"Aliran trafik keluar dari Lembah Klang di lebuh raya utama semua berada dalam keadaan terkawal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Tol percuma di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bermula tengah malam tadi hingga esok. - Foto BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Aliran trafik mula perlahan di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik di Lebuhraya KLK mula sesak dari Gombak ke Genting Sempah melibatkan jarak sejauh 17 kilometer dari Tol Gombak.
5.1 juta kenderaan dijangka berada di lebuh raya sempena Aidiladha - Nanta Linggi
Nanta berkata, pertambahan jumlah kenderaan itu akan berlaku secara berperingkat bermula 27 Jun hingga 3 Julai.
Aliran trafik di lebuh raya utama perlahan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan susulan pertambahan kenderaan di jalan raya berikutan cuti panjang sempena perayaan Deepavali.
Aliran trafik arah utara, selatan perlahan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke utara dan selatan, perlahan malam ini.
Pengguna disaran dapatkan info terkini trafik di LLM, rancang perjalanan balik kampung
Pengguna lebuh raya disaran untuk mendapatkan perkembangan aliran trafik di platform media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung.
Treler rosak, Lebuhraya Utara Selatan sesak 7 kilometer
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 7.30 pagi di tengah-tengah lebuh raya di Bukit Berapit.