awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik lancar di lebuh raya utama pada pagi Aidiladha

Bernama
Bernama
07/06/2025
04:00 MYT
Trafik lancar di lebuh raya utama pada pagi Aidiladha
Trafik di Lebuhraya PLUS, LPT1, LPT2 dan lebuh raya sekitar Lembah Klang berjalan lancar dengan bantuan 30 lorong pintar yang diaktifkan. - Gambar/ LLM
KUALA LUMPUR: Aliran trafik lebuh raya utama di seluruh negara pada pagi Aidiladha dilaporkan lancar dan terkawal meskipun terdapat sedikit peningkatan kenderaan di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Ringkasan AI
  • Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara pada pagi Aidiladha adalah lancar dan terkawal walaupun terdapat sedikit peningkatan kenderaan di Plaza Tol Gombak.
  • Trafik di Lebuhraya PLUS, LPT1, LPT2 dan lebuh raya sekitar Lembah Klang berjalan lancar dengan bantuan 30 lorong pintar yang diaktifkan.
  • Trafik di pintu sempadan negeri Kelantan melalui Gua Musang-Kuala Lipis dan Pasir Puteh juga lancar setakat jam 9 pagi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pergerakan trafik lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2, serta semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.
Sebanyak 30 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini, bagi memastikan trafik kekal lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 atau LLM 1-800-88-7752 serta melalui laman X @plustrafik dan @llmtrafik.
Sementara itu di Kelantan, aliran trafik di dua pintu sempadan negeri iaitu melalui Pahang di Gua Musang-Kuala Lipis dan Terengganu menerusi jalan Pasir Puteh, juga lancar setakat 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata aliran trafik di pintu sempadan Kelantan-Terengganu itu lancar dengan pergerakan kenderaan seperti biasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#aliran trafik
#info trafik terkini
#lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami