awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trafik penumpang global naik sebanyak 6.8 peratus dalam Mac 2017 - IATA

Bernama
Bernama
04/05/2017
12:49 MYT
Trafik penumpang global naik sebanyak 6.8 peratus dalam Mac 2017 - IATA
Suku pertama telah menyaksikan kekukuhan dalam permintaan trafik, disokong oleh tambang yang lebih rendah yang telah menurun sebanyak kira-kira 10 peratus sejak tahun sebelumnya. - Gambar hiasan
Trafik penumpang global meningkat 6.8 peratus pada Mac tahun 2017 berbanding dengan bulan yang sama pada tahun lepas, disebabkan oleh tambang yang lebih rendah dan peningkatan ekonomi global yang lebih menyeluruh, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac, dalam satu kenyataan, berkata suku pertama telah menyaksikan kekukuhan dalam permintaan trafik, disokong oleh tambang yang lebih rendah yang telah menurun sebanyak kira-kira 10 peratus sejak tahun sebelumnya.
Sementara itu, larangan ke atas barangan elektronik yang besar di dalam kabin pada laluan-laluan tertentu ke Amerika Syarikat dan United Kingdom, berlaku terlalu lewat iaitu pada bulan Mac bagi melihat kesan yang jelas ke atas perangkaan trafik.
Larangan itu, yang dilaksanakan tanpa sebarang notis, dialog dan penyelarasan, menjadi ujian kepada keyakinan awam dalam bagaimana kerajaan dan industri bekerjasama untuk memastikan penerbangan terus selamat, kata de Juniac.
"Telah wujud khabar angin yang menyatakan bahawa larangan itu akan diperluaskan ke lapangan terbang dan kawasan-kawasan lain, kami meminta kepada kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak industri bagi mencari alternatif, agar terus memastikan penerbangan selamat tanpa memberikan kesulitan yang besar kepada penumpang-penumpang kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Global
#IATA
#penerbangan
#pengangkutan udara
#penumpang
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan