Aliran trafik di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) perlahan, termasuk dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Nilai hingga ke R&R Seremban, pada tengah hari.

Jurucakap pusat trafik Lebuhraya PLUS berkata aliran trafik juga perlahan antara Johor Baharu dan Singapura.

"Aliran trafik di beberapa jalan utama lain terkawal," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik sebelum Plaza Tol Gombak hingga ke Genting Sempah adalah perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini trafik menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman sesawang www.twitter.com/plustrafik atau talian bebas tol LLM 1800-88-7752 dan www.twitter.com/llminfotrafik.