Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengumumkan laporan dan keputusan hasil siasatan kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus selepas cuti Tahun Baru China nanti.
Ia susulan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Pulau Pinang yang juga telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, pihak DOSH masih belum membentangkan hasil siasatan mereka berhubung perkara itu termasuk isu berkaitan tindakan yang akan diambil ke atas pihak bertanggungjawab.
“Pihak kerajaan negeri akan mengumumkan laporan siasatan yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri oleh satu panel yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri 1, dan akan diumumkan selepas cuti Tahun Baharu Cina ini sebab kita baru dapat tahu DOSH telah siapkan siasatan mereka maka kita pun mahu memaklumkan hasil siasatan Kerajaan Negeri terhadap insiden ini,” katanya bercakap dalam sidang media di George Town, pada Jumaat.
Selain itu kata Kon Yeow, pihaknya sudah menerima laporan siasatan insiden itu daripada MBPP dan Jawatankuasa Khas Siasatan, dan kini hanya menunggu laporan siasatan daripada DOSH sebelum membuat sebarang keputusan bersabit projek lebuh raya berkenaan.
Kon Yeow turut berkata, projek jalan berkembar Bukit Kukus yang menghubungkan Paya Terubong dan Relau itu akan diteruskan selepas MBPP dan DOSH membatalkan arahan henti kerja yang telah dikeluarkan kepada kontraktor, Yuta Maju Sdn Bhd sebelum ini.
Sehubungan itu, kerja-kerja pembinaan tersebut akan diteruskan namun dengan pemantauan yang lebih ketat oleh perunding projek dan juga MBPP.
Kon Yeow sekali lagi menegaskan bahawa Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak dijalankan untuk projek tersebut setelah mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Sebenarnya MBPP telah mendapat pengecualian ini daripada Jabatan Alam Sekitar bertarikh 6 Feb tahun 2015, berdasarkan kategori jalan yang dibina adalah kategori U3 yang tidak memerlukan laporan EIA.
“Walau bagaimanapun MBPP, walaupun tidak diwajibkan tetap menyediakan laporan pengurusan alam sekitar atau EMP environment management plan dan juga pelan kawalan hakisan tanah dan sedimen , yang selalunya JAS akan tetapkan syarat ini dalam mana-mana kerja tanah,” tambahnya.
Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus, kira-kira 1.56 petang, 19 Oktober lalu yang mengorbankan sembilan orang manakala empat lagi cedera.
Insiden tanah runtuh di Paya Terubong itu merupakan kejadian kedua yang berlaku di Pulau Pinang, selepas tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang meragut nyawa 11 pekerja.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Feb 01 2019

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus, kira-kira 1.56 petang, 19 Oktober lalu yang mengorbankan sembilan orang manakala empat lagi cedera. - Gambar fail/BERNAMA

Kes mahkamah Donald Trump bermula, berpotensi ancam empayar perniagaan
Trump sifatkan pendakwaan ke atasnya kerana mahu gagalkan usahanya merebut jawatan Presiden AS pada 2024.

JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan
Peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti.

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

JKKP panggil pengurusan tertinggi kontraktor siasat insiden SUKE - Awang
Pihak berkenaan diminta membentangkan segala prosedur operasi standard (SOP) sedia ada serta penambahbaikan yang sudah dibuat bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Tragedi Bukit Kukus: Laporan siasatan diumum selepas Cuti Tahun Baharu Cina
Kerajaan Negeri oleh satu panel yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri 1, dan akan diumumkan selepas cuti Tahun Baharu Cina ini.