Tiga kontraktor yang terlibat dalam pembinaan projek lebuh raya berkembar Bukit Kukus, di Pulau Pinang dilarang untuk mengambil bahagian dalam sebarang projek pembinaan di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada masa hadapan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri baru baru ini.
Menurut Kon Yeow, arahan telah dikeluarkan kepada MBPP agar tidak menawarkan sebarang projek kepada syarikat yang terlibat, dan ia berkuatkuasa serta merta.
Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama tiga pihak yang terbabit namun berkata mereka yang terlibat adalah kontraktor utama, jurutera dan perunding projek.
"Pihak Exco telah memutuskan untuk tidak menawarkan apa-apa kerja baru berkuat kuasa sekarang,tetapi bagi kerja yang sedia ada mereka ada tanggungjawab (untuk menyiapkan).
"Tetapi tidak akan dipertimbangakn lantikan apa-apa kerja baru di bawah MPPP Exco telah buat arahan sedemikian," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Kon Yeow berkata, kontraktor berkenaan bagaimanapun akan meneruskan kerja-kerja pembinaan projek lebuhraya Bukit Kukus di bawah pengawasan jurutera dan MBPP.
Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri akan mengumumkan hasil siasatan berhubung tragedi itu kepada umum selepas Tahun Baru Cina ini.
BACA: Tragedi Bukit Kukus: Laporan siasatan diumum selepas Cuti Tahun Baharu Cina
Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yew Tung Seang berkata kontraktor utama projek itu telah membayar pampasan kepada pekerja asing yang maut melalui Akta Pampasan Pekerja 1952.
Katanya lagi, MBPP juga telah bekerjasama dengan AirAsia menghantar pulang sembilan pekerja yang telah meninggal dunia ke negara asal mereka iaitu Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.
Dalam kejadian 19 Oktober lepas,sembilan pekerja binaan warga asing meninggal dunia selepas tertimbus runtuhan tanah di tapak projek lebuhraya berkembar di Bukit Kukus, Paya Terubong.
Mereka terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan, dan seorang wanita Kemboja.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Feb 01 2019

GAMBAR FAIL: Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat kesembilan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh projek pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong pada 22 Okt, 2018. - BERNAMA

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Tragedi Bukit Kukus: MBPP antara 4 pihak bertanggungjawab
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah dikenal pasti sebagai antara empat pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden tanah runtuh di Bukit Kukus Oktober lalu.

Kajian EIA tidak dijalankan untuk projek jalan berkembar Bukit Kukus - Exco
Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak dijalankan untuk projek pembinaan jalan berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong setelah mendapat pengecualian daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), persidan

Tragedi Bukit Kukus: Mayat dengan jari kaki bengkok itu adik saya - Abang mangsa
Mayat Mohamad Abd Jalil, 31, ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.

Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis
Mayat ketujuh tragedi tanah runtuh Jalan Bukit Kukus, Md Abdul Jalil, ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh ditemui
Mayat Md Abd Jalil, seorang warga Bangladesh berusia 34 tahun, ditemui pada pukul 4.30 petang tadi.

Tragedi Bukit Kukus: Mungkin lebih ramai mangsa tertimbus - Bomba
Pihak Bomba tidak tolak kemungkinan lebih ramai mangsa, selain mereka yang tersenarai, tertimbus di bawah runtuhan Jalan Bukit Kukus.

Tragedi Bukit Kukus: Dua lagi mayat ditemui
Dua lagi mayat dijumpai tertimbus dalam runtuhan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong hari ini.

Mangsa hilang meningkat lima orang, operasi disambung esok - Bomba
Operasi dihentikan pada pukul 7 malam tadi atas nasihat pegawai Jabatan Mineral dan Geologi mengenai pergerakan tanah di sektor pencarian.

Tanah runtuh Bukit Kukus: Operasi SAR dihentikan berikutan berlaku pergerakan tanah
Pihak Bomba dan Penyelamat memberitahu, operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pada jam 8 pagi Ahad (21 Oktober).

Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.