KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri bersetuju untuk mendedahkan laporan akhir nahas Sabah Air pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan pemimpin-pemimpin utama negeri Sabah ketika itu, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar pada Rabu berkata, laporan itu yang akan dikeluarkan sepenuhnya selewat-lewatnya minggu depan, telah dituntut oleh rakyat Sabah sejak 47 tahun lalu.
"Selama ini, Kerajaan tidak memutuskan untuk menghebahkan [laporan ini] di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Hari ini, jemaah menteri mengambil kira pandangan yang dikemukakan oleh rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan juga tuntutan dibuat oleh keluarga waris yang ingin maklumat terperinci.
“Ianya selari atau tuntas dasar keterbukaan dan transparency yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan. Oleh demikian, kita memutuskan bahawa laporan akhir siasatan kemalangan udara pesawat Sabah Air 6 Jun 1976 akan diturun taraf (declassify),” kata Anwar, dalam sidang media susulan mesyuarat kabinet, di Putrajaya, pada Rabu.
Tambah Anwar, jemaah menteri bersetuju untuk mengambil langkah tersebut walaupun selepas mengambil kira beberapa komplikasi yang mungkin timbul, antaranya dari segi perundangan.
Namun, tegas beliau, umum terutamanya rakyat Sabah dan waris mangsa berhak untuk mengetahui perincian laporan nahas itu, yang tidak wajar lagi diklasifikasikan bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.
Nahas itu yang juga dikenali sebagai Tragedi Double Six mengorbankan kesemua 11 penumpang, termasuk Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens; Menteri Kewangan negeri Datuk Salleh Sulong; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Peter Mojuntin serta Menteri Kerja Raya dan Komunikasi negeri, Datuk Chong Tien Vun.
Nailah Huda
Wed Apr 05 2023
Anwar pada Rabu berkata, laporan itu yang akan dikeluarkan sepenuhnya minggu depan, telah dituntut oleh rakyat Sabah sejak 47 tahun lalu. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tragedi Double Six: Sabah Air beroperasi tanpa kelulusan - Laporan Australia
Sabah Air, syarikat pengendali pesawat Nomad N-22B yang terhempas dalam tragedi Double Six pada 6 Jun 1975 didapati beroperasi secara tidak sah, menurut laporan tribunal Australia.
Nahas Sabah Air: Pendedahan dibuat mengikut apa yang dilaporkan - Anthony Loke
Pendedahan bagi kes nahas Pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 dibuat mengikut apa yang terkandung di dalam laporan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Tragedi Double Six: Laporan akhir nahas Sabah Air didedah minggu depan - PM
Jemaah Menteri bersetuju untuk mendedahkan laporan akhir nahas Sabah Air pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan pemimpin-pemimpin utama negeri Sabah ketika itu.