awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Everest: Pencarian Hawari disertai enam malim gunung di tiga lokasi - Azim Afif

Fareez Azman
Fareez Azman
22/05/2023
08:34 MYT
Tragedi Everest: Pencarian Hawari disertai enam malim gunung di tiga lokasi - Azim Afif
Jumaat lalu, Muhammad Hawari dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu. - Fail
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, diteruskan pada pagi Isnin.
Menurut Ketua Program Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Azim Afif Ishak, seramai enam malim gunung turut menyertai operasi pencarian di tiga kawasan berbeza di kawasan Gunung Everest.
"Ops SAR Hawari, jumlah malim gunung seramai enam orang. Tiga malim gunung ke Kem Tiga crevasse, dua malim gunung ke Kem Dua crevasse dan seorang malim gunung ke Kem Empat Selatan," jelasnya menerusi satu kenyataan kepada Astro AWANI hari ini.
Terdahulu, pasukan SAR menjumpai jaket Gore-Tex yang mengandungi 'recco' (sejenis peralatan pengesan) milik Muhammad Hawari di Kem Dua.
Susulan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu telah berhubung dengan polis Nepal untuk bantuan menjejaki telefon bimbit milik Muhammad Hawari.
Jumaat lalu, Muhammad Hawari dilaporkan hilang di kawasan pergunungan itu ketika turun dari Kem Empat selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.
Topic Berkaitan
#Everest
#malim gunung
#Malaysia Everest 2023
#Muhammad Hawari Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan