awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
xAI perkenal Grok untuk perniagaan dan perusahaan
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
04/01/2021
14:20 MYT
Tragedi Feri Triso: PBB bantu keluarga mendiang Lorna Ting
PBB Bawang Assan memberi penghormatan terakhir serta melawat keluarga mendiang di Sibu Mortuary Bukit Lima. - Foto Astro AWANI
SIBU:Keluarga mendiang mangsa tragedi kereta terjunam ke sungai Batang Lupar dekat Sebuyau menerima bantuan kewangan daripada Parti Pesaka Bumiputera (PBB) bagi melaksanakan urusan pengebumian.
Bantuan telah disampaikan Bendahari PBB cawangan Bawang Assan, Christopher Kelebit ketika memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Lorna Ting, Alvin Phang dan Wallace Phang di Rumah Mayat Sibu Bukit Lima.
Mereka mewakili Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Romeo Christopher Tegong selaku Ketua PBB cawangan Bawang Assan.
Sumbangan tersebut bertujuan meringankan tanggungan perbelanjaan pengebumian ketiga-tiga mangsa yang dianggarkan mencecah RM60,000.
Lorna Ting 33, Alvin Phang, 11, dan Wallace Phang 7 maut pada Jumaat ketika pacuan empat roda yang dinaiki mereka dan enam ahli keluarga yang lain menjunam ke dalam sungai Batang Lupar di pangkalan jeti Triso-Sebuyau.
Jasad mendiang dijangka dibakar di Taman Memorial Nirvana Sibu pagi esok.
Topic Berkaitan
#Tragedi Feri Triso
#Batang Lupar
#bantuan kewangan
#Lorna Ting
#Alvin Ting
#kereta terjunam sungai
#PBB bantu
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan