awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Jeram Air Putih: Datuk masih berharap Putri Nor Fatin ditemukan

Bernama
Bernama
10/07/2023
11:44 MYT
Tragedi Jeram Air Putih: Datuk masih berharap Putri Nor Fatin ditemukan
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan menyampaikan replika cek bayaran tuntutan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia kepada waris mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih Chukai, Eiyi Johari (dua, kiri). -Bernama
KUANTAN: Datuk kepada Putri Nor Fatin Karim, 14, iaitu mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di Kemaman, Terengganu, masih berharap cucunya itu ditemukan meskipun sudah 10 hari kejadian itu berlaku.
Eiyi Johari, 60, berkata beliau dan ahli keluarga lain sepakat untuk bergilir-gilir ke Kemaman bagi mendapatkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) anak ketiga daripada tujuh beradik itu, kerana ada antara mereka yang kini perlu kembali bekerja.
"Kami masih berharap dan selama mana pun kami tetap menunggu. Walaupun masih belum ditemukan, kami sudah melakukan solat jenazah ghaib," katanya kepada pemberita semasa ditemui di Masjid Ubbudiah di Felda Lepar Hilir 3 di sini hari ini.
Terdahulu, Eiyi dan isterinya, Halimah Kasim, 63, menerima kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli menyantuni keluarga mangsa dan menyertai majlis tahlil di masjid tersebut.
Eiyi turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarganya sejak hari pertama kejadian hingga kini, selain turut melancarkan urusan pengebumian mangsa.
"Saya terharu sebab semua orang bertungkus-lumus membantu... dari di tempat kejadian sampai ke sini (Felda Lepar Hilir 3). Ramai juga memberi kata-kata semangat dan mendoakan keluarga anak saya.
"Malah, majikan saya juga faham dan memberi kelonggaran untuk bercuti bagi menguruskan keluarga sejak hari pertama kejadian," katanya yang bekerja di anak syarikat sebuah universiti di sini.
Pada 2 Julai lepas, 10 orang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air semasa berkelah di Jeram Air Putih bermula pada petang sehari sebelumnya.
Mereka ialah anak Eiyi, Azizah, 40 dan suami, Karim Abdullah, 39, serta anak mereka iaitu Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4; dan Putri Nor Fatin, yang masih belum ditemukan.
Turut terkorban Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor, iaitu tunang kepada Putri Balqis Izzati.
Lapan sekeluarga itu selamat dikebumikan pada Selasa dan Rabu lepas di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3, manakala Muhammad Fikri dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kepala air
#jeram air putih
#Eiyi Johari
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan