NATIONAL
Tragedi kebakaran Jalan Masjid India, ramai sedih tak dapat 'shopping' raya

Lebih 30 buah gerai sudah terbakar sepenuhnya dan anggota mengambil masa 20 minit sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Warga kota terkesan dan sedih dengan tragedi kebakaran yang menimpa lebih 30 gerai di Jalan Masjid India, ibu negara.
Kebakaran itu bukan hanya merugikan para peniaga, namun buat mereka yang gemar membeli-belah di sekitar kawasan berkenaan yang sememangnya menyajikan pelbagai barangan kelengkapan raya.
Ia juga menjadi destinasi membeli-belah yang wajib dikunjungi buat mereka yang berkunjung ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah.
Selepas bazar ikonik ibu kota di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dipindahkan ke Jalan Raja, kini hanya tinggal bazar Jalan Masjid India yang menjadi nostalgia warga kota untuk membeli-belah.
Sementara itu, ramai juga warga netizen yang melahirkan rasa simpati kepada peniaga yang mengalami kerugian, akibat daripada kejadian itu.
Untuk rekod, bazar Masjid India itu mula dibuka sekitar tahun 2003.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami