BENTONG: Pemandu yang merempuh lima sekeluarga yang mengakibatkan seorang ibu dan tiga anaknya maut di persimpangan lampu isyarat Kampung Lebu pada Jumaat, dipercayai memandu ketika di bawah pengaruh dadah.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Polis Zaiham Mohd Kahar, pemandu yang beumur 44 tahun itu juga didapati positif dadah ketika menjalani ujian air kencing, serta mempunyai tujuh kes lampau melibatkan dadah.
Pemeriksaan awal polis juga menemui satu straw lutsinar berisi hablur jernih dipercayai berisi methamphetamine dan akan menahan reman pemandu tersebut pada Sabtu selepas menerima rawatan kecederan di kepala akibat kemalangan tersebut.
"Dia kini sedang dirawat di hospital Temerloh dan pemandu itu akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 39 (c)(1) akta dadah berbahaya 1952 atas kesalahan berulang dan akan ditahan esok (Sabtu) selepas terima rawatan di hospital Temerloh," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, empat sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Kampung Lebu di susur ke Lebuhraya Central Spine Road (CSR) Bentong tengah hari Jumaat.
Lima sekeluarga di dalam kenderaan Vellfire itu ialah Mohd Nazri Hamid, 44, seorang guru yang cedera di tangan kirinya manakala yang maut ialah isterinya Raihan Mohamad, 43; anak perempuan mereka Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; anak lelaki Ahmad Muaz Mohd Nazri, 7, serta anak perempuan bongsu mereka Ahda Imtinan Mohd Nazri berusia 4 tahun.
Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta anggota badan.
"Dalam kejadian berlaku lebih kurang jam 3 petang Jumaat itu, mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dikatakan dalam perjalanan dari Gua Musang Kelantan menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu majlis perkahwinan.
"Tetapi, bila tiba di Kilometer 2 di simpang lampu isyarat, Kampung Lebu hendak ke kanan ke susur Lebuhraya Central Spine Road apabila lampu isyarat hujau, satu pacuan empat roda (4x4) jenis Nissan Navara yang datang dari arah bertentangan telah melanggar lampu isyarat terus merempuh vellfire tersebut," ujar Zaiham.
Kemalangan disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan dan semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Raub untuk tujuan bedah siasat.
Mohamad Zalani Atan
Fri Jan 28 2022

Pemandu yang merempuh lima sekeluarga yang mengakibatkan seorang ibu dan tiga anaknya maut di persimpangan lampu isyarat Kampung Lebu pada Jumaat, dipercayai memandu ketika di bawah pengaruh dadah. - Foto ihsan Polis Bentong

Sukan SEA Hanoi | Sie Yan sumbang emas ke-30 kepada Malaysia
Dua lagi atlet negara mendominasikan pentas gimnastik berirama pada Sukan Sea Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Sharmendran merintis perit demi hatrik emas kumite
R. Sharmendran mempertaruhkan segala pengalamannya untuk melakar hatrik pingat emas.

KPDNHEP Terengganu tumpas kegiatan seleweng lebih 16,000 liter diesel bersubsidi
Terdapat sambungan paip diubah suai, dipercayai untuk menyalurkan minyak diesel dari tangki asal ke ruang simpanan lori.

Hampir separuh pengikut Joe Biden di Twitter adalah akaun palsu - Audit
CEO Tesla, Elon Musk telah menzahirkan kebimbangan tentang peningkatan jumlah akaun palsu, dan mencadangkan usaha pembanterasan dilakukan.

Sukan SEA Hanoi: Sie Yan hadiahkan pingat emas ke-30 negara
Dua atlet negara turut mendominasikan pentas gimnmastik berirama pasa Sukan SEA Hanoi, pada Khamis.

Mayat lengkap berpakaian dipercayai kakitangan Jabatan Imigresen ditemukan lemas
Mayat yang masih lengkap berpakaian ditemui berhampiran kampung Penambang, kira kira 4 kilometer dari tempat mangsa jatuh.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Gawai 2022: Ngabang dan rumah terbuka dibenarkan - UNIFOR
Aktiviti yang dibenarkan ialah sambutan pra gawai, sembahyang di rumah ibadat, rumah terbuka, jamuan selepas sembahyang di rumah ibadat, ngabang (aktiviti ziarah), dan majlis Hari Gawai.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.

'Saya sempat dengar isteri sebut "Allahuakhbar" sebelum dirempuh' - Suami
"Saya hanya sempat mendengar arwah isteri menyebut Allahuakhbar sebelum kami dirempuh kenderaan itu," demikian diceritakan Mohd Nazri Hamid, 44, mengenai kejadian kemalangan di Bentong, semalam.

Tragedi kenduri kahwin: Pemandu rempuh kenderaan 4 beranak dipercayai khayal ketika memandu
Pemandu yang merempuh lima sekeluarga mengakibatkan seorang ibu dan tiga anaknya maut di persimpangan lampu isyarat Kampung Lebu pada Jumaat, dipercayai memandu ketika di bawah pengaruh dadah.