awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
Pemimpin seterusnya perlu berintegriti, ikhlas berkhidmat - Abang Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi kepala air: Identiti mayat ketujuh dikenal pasti

Bernama
Bernama
04/07/2023
04:50 MYT
Tragedi kepala air: Identiti mayat ketujuh dikenal pasti
Mayat dijumpai 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian iaitu di sektor B di belakang Masjid Kampung Dadong, di sini oleh penduduk kampung, 7.45 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
CHUKAI: Polis mengesahkan mayat yang ditemukan pagi ini sebagai Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata identiti mangsa dikenal pasti selepas pengecaman oleh waris.
"Mayat dijumpai 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian iaitu di sektor B di belakang Masjid Kampung Dadong, di sini oleh penduduk kampung, 7.45 pagi tadi.
"Tujuh mayat telah ditemukan setakat ini dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Hanyan berkata mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Setakat semalam, enam mayat yang ditemukan dan dikenal pasti identitinya ialah Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Mangsa yang masih hilang ialah Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.
Dilaporkan Karim dan Azizah bersama tujuh anak mereka serta Muhammad Fikri yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati pergi berkelah di jeram berkenaan pada Sabtu sebelum hilang dihanyutkan kepala air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tragedi kepala air
#jeram air putih
#identiti mangsa lemas
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan