KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian di ketiga-tiga sektor membabitkan keluasan 59.1 kilometer (km) persegi sehingga Kuala Sungai Kemaman.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan 'As'ari Omar berkata bagaimanapun, sehingga kini masih tiada petunjuk baharu berjaya ditemukan pasukan pencarian bagi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14.
"Setakat ini, bilangan mangsa yang telah ditemukan masih kekal sembilan dengan hanya satu lagi mangsa masih hilang. Operasi pencarian secara bersepadu juga telah ditamatkan, namun pencarian diteruskan dengan diperkecilkan di peringkat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dan Chukai.
"Pada Isnin seperti yang dilaporkan media, pasukan pencarian telah menemukan sebuah beg sandang dipercayai milik seorang daripada mangsa .... Itu sahaja petunjuk baharu yang kita ada buat masa ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Bank Simpanan Nasional (BSN) Care Fire Awareness di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu di sini hari ini.
Meskipun berpuas hati dengan keseluruhan sektor pencarian telah berjaya dicakupi, Hassan 'As'ari berkata orang ramai terutamanya penduduk kampung di sekitar kawasan kejadian diminta untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan yang boleh membantu operasi pihak berkuasa.
"Saya menyeru kepada orang kampung dan komuniti setempat seandainya terjumpa apa-apa peralatan atau barangan yang dipercayai milik mangsa minta tolong serahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk tindakan lanjut.
"Langkah-langkah keselamatan kita serahkan kepada pihak polis untuk pastikan kawasan itu selamat dan tidak dimasuki oleh mana-mana individu yang cuba pergi ke tempat berkenaan," katanya.
Pada 1 Julai lepas, Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta tujuh anak mereka termasuk Putri Nor Fatin dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang pergi berkelah ke jeram berkenaan dengan turut disertai Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor.
Kesemua mereka dipercayai dihanyutkan arus deras kepala air dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada 2 Julai selepas mayat Azizah dijumpai penduduk kampung terapung sejauh 24 km dari lokasi kejadian dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, 2 km dari lokasi kejadian.
Setelah seminggu pencarian, sembilan mayat ditemukan dan telah selamat dikebumikan, namun Putri Nor Fatin masih gagal dikesan hingga kini.
Operasi SAR diteruskan dengan skala lebih kecil dan secara pemantauan harian oleh BBP Cheneh dan BBP Chukai serta agensi penyelamat yang lain atas kuasa pentadbiran masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Sehingga kini masih tiada petunjuk baharu berjaya ditemukan pasukan pencarian bagi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang iaitu Putri Nor Fatin Karim, 14. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: Tiga mayat ditemukan bawah kayu balak
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak malam tadi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
Tragedi kepala air: Jenazah tiga beradik dikebumi satu liang lahad
Jenazah tiga beradik mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, pada Khamis.
Tragedi kepala air: Operasi SAR meliputi kawasan lebih 59 km persegi
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman telah meliputi 100 peratus kawasan pencarian.
Tragedi kepala air: Pusat kawalan operasi SAR dipindahkan ke BBP Cheneh
Operasi pusat kawalan SAR di BBP Cheneh juga akan dibantu BBP Chukai dengan pengecilan skala pencarian mulai esok.
Tragedi kepala air: Pencarian mangsa terakhir fokus di sektor A
Pencarian di sektor B dan C turut akan dilakukan, namun dengan skala yang lebih kecil.
Tragedi kepala air: Jenazah Muhammad Fikri selamat dikebumi
Mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Semerah.
Tragedi kepala air: Pasukan SAR buat usungan dengan batang kayu
Anggota pasukan SAR tragedi kepala air Jeram Air Putih bukan sekadar mengerah keringat malah menunjukkan kesungguhan mereka dalam memastikan semua mangsa segera dibawa 'pulang'.
Tragedi kepala air: Operasi SAR kesan dua lagi mangsa diteruskan
Operasi itu melibatkan seramai 279 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, PDRM dan PGA selain turut dibantu orang awam.
Tragedi kepala air: Gagal temui petunjuk, PKTK polis ditutup
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, ditutup petang ini selepas pencarian mangsa tragedi kepala air pada hari keempat operasi mencari dan menye