awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Kuala Koh: Kekurangan sampel tisu sukarkan bedah siasat

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/07/2019
09:17 MYT
Tragedi Kuala Koh: Kekurangan sampel tisu sukarkan bedah siasat
Lee Boon Chye nafi terdapat kelewatan dalam penyediaan laporan bedah siasat mayat Orang Asli kerana laporan bedah siasat perlu konklusif melibatkan ujian fizikal dan kimia. - Gambar fail BERNAMA
Kekurangan sampel tisu menjadi antara punca mengapa punca kematian Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang sukar untuk dikenal pasti.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kebergantungan pada rangka mayat sahaja tidak memadai dalam proses bedah siasat
“Ya, agak sukar kerana tidak banyak sampel tisu yang tinggal selain hanya tulang. Ia sekali gus menyebabkan pengesahan terhadap kematian mangsa sukar.
“Tapi apa yang lebih penting adalah untuk memastikan tiada unsur jenayah dalam kematian melibatkan 12 Orang Asli tersebut,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Dalam masa sama, beliau menafikan terdapat kelewatan dalam penyediaan laporan bedah siasat mayat Orang Asli terbabit kerana laporan bedah siasat perlu konklusif melibatkan ujian fizikal dan kimia.
Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hasil laporan bedah siasat daripada 12 mayat Orang Asli tidak dapat mengesahkan punca kematian.
Sejak wabak itu dilaporkan pada 3 Jun lalu, jumlah mangsa terlibat ialah sebanyak 173 kes membabit 147 di Kelantan dengan 3 kematian, 18 kes di Terengganu dan 8 kes di Pahang.
Daripada jumlah tersebut, 82 disahkan mengalami demam campak.
Topic Berkaitan
#demam campak
#Gua Musang
#Kampung Kuala Koh
#Kelantan
#Orang Asli
#Tragedi Kuala Koh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan