awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF 2026: Trump gugurkan ancaman tarif berkaitan Greenland selepas rundingan NATO
Tingkatan enam, matrikulasi bawah KPT perkukuh kesediaan pelajar ke universiti
LHDN galak PMKS laksana e-Invois secara sukarela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Lebuhraya Timur-Barat: 'Kakak ke Terengganu kerana rindu cucu' - Adik

Bernama
Bernama
26/12/2015
00:09 MYT
Tragedi Lebuhraya Timur-Barat: 'Kakak ke Terengganu kerana rindu cucu' - Adik
Hasiah Osman, 57, maut selepas bas SP BUMI yang dinaiki bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 124, Lebuhraya Timur-Barat jalan Jeli-Gerik awal pagi Jumaat. - Gambar Bernama
Adik kepada seorang mangsa kemalangan di KM 124, Lebuhraya Timur Barat berdekatan Jeli awal Jumaat memberitahu bahawa kakaknya ke Terengganu kerana rindu untuk melihat cucunya.
Hasnah Osman, 53, berkata kakaknya Hasiah, 58, baru sahaja melawat cucunya di Kuala Gong, Kuala Terengganu seminggu selepas menantunya melahirkan cucunya itu.
"Kakak beritahu saya dia rindukan cucunya dan tidak sabar hendak melawatnya sekali lagi selepas melihat gambar yang dikirim yang menunjukkan cucunya semakin membesar," katanya.
Hasiah dan anaknya Muhammad Amir Abdul Halim, 16, adalah antara empat yang maut apabila bas ekspres yang mereka naiki dari Butterworth menuju Kuala Terengganu dilapor bergesel dengan sebuah treler. BACA: "Empat cucu sepatutnya sampai pagi tadi," kata nenek mangsa
Sementara suami Hasiah cedera ringan dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi itu.
Sementara itu seorang anak Hasiah, Roshifah Abdul Halim berkata adiknya Muhammad Amir menghantar pesanan ringkas melalui WhatsApp dua jam sebelum kemalangan dengan memberitahu bas mereka telah bertolak dan sedang menuju Kuala Terengganu dan dijangka tiba kira-kira 4 pagi.
"Pada masa itu saya berasa lega kerana perjalanan mereka lancar," katanya.
Namun Roshifah berkata beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada bapanya kira-kira pukul 1.50 pagi yang memaklumkan ibu dan adiknya telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Beliau berkata jenazah ibu dan adiknya akan dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alma di sini malam tadi.
Topic Berkaitan
#Hasiah
#Hasnah Osman
#kemalangan
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan