NATIONAL
Tragedi Lenggong: Bapa tiga beradik maut hembus nafas terakhir

Anak sulungnya, Muhd Hafiz Ismail, 27, menyampaikan berita mengenai pemergian ayah tersayang kepada Astro AWANI melalui pesanan ringkas pagi tadi. - Gambar fail
Ismail Yaacob, 53, ayah kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Lenggong pada Ahad menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 1.50 pagi tadi.
Anak sulungnya, Muhd Hafiz Ismail, 27, menyampaikan berita mengenai pemergian ayah tersayang kepada Astro AWANI melalui pesanan ringkas pagi tadi.
“Kak, abah saya dah selamat pergi,” katanya yang berjiwa cekal tersebut.
Ismail, yang merupakan seorang guru besar di SK Santong dan pernah mencurahkan bakti sebagai guru disiplin di SK Batu 48 sebelum ini meninggalkan dua anak lelakinya serta seorang anak perempuan dan isteri yang terselamat dalam insiden berkenaan.
“Saya redha, jika ayah pergi menemani adik-adik saya yang telah meninggal dunia. Saya tak sanggup tengok ayah lagi menahan sakit begitu.
“Saya doakan Allah permudahkan, dan percepatkan sekiranya ajal abah dah tiba, sebab saya tak sampai hati tengok ayah dalam keadaan hidup bergantung pada mesin,”katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami