awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi menjelang Ramadan: Kanak-kanak lelaki OKU ditemukan lemas dalam sungai

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/03/2024
22:15 MYT
Tragedi menjelang Ramadan: Kanak-kanak lelaki OKU ditemukan lemas dalam sungai
Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas di Sungai Kampung Tala, Mukim Jeneri, Sik, pada Ahad.
SIK: Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas di Sungai Kampung Tala, Mukim Jeneri, di sini, pada Ahad.
Mangsa, Muhammad Izhar Azhar, 11, ditemui lemas oleh bapanya yang berusia 49 tahun ketika melakukan pencarian di sungai berkenaan, semalam.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas bapa mangsa mendapati anaknya tiada di rumah mereka di Kampung Tala, Jeneri pada jam 5 petang.
Beliau berkata, mangsa dipercayai OKU yang mengalami masalah perbelajaran.
"Bapa mangsa cuba mencari anaknya di sekitar kawasan berhampiran rumah mereka tetapi gagal menemuinya.
"Seterusnya dengan bantuan penduduk kampung, bapa mangsa melakukan pencarian di kawasan Sungai Kampung Tala sebelum menemui pakaian mangsa di tepi sungai berkenaan pada jam 6.30 petang.
"Tidak lama kemudian mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dipercayai lemas," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Ahad.
Susulan itu, bapa mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Abdull Razak berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa dan kanak-kanak lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sik tidak lama kemudian.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#lemas
#kanak-kanak lelaki
#Sungai Kampung Tala
#Muhammad Izhar Azhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan