awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi pesawat terhempas di Rusia: PM Anwar zahir ucapan takziah

Bernama
Bernama
24/07/2025
21:50 MYT
Tragedi pesawat terhempas di Rusia: PM Anwar zahir ucapan takziah
Keadaan di lokasi kejadian di mana sebuah pesawat AN-24 terhempas di Wilayah Amur, Rusia pada Khamis. - Foto Russian Investigative Committee
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terjejas akibat nahas pesawat AN-24 yang terhempas di Wilayah Amur, Rusia pada Khamis.
"Saya berasa amat dukacita apabila menerima perkhabaran mengenai insiden pesawat terhempas di Wilayah Amur, Rusia. Doa dan ingatan saya bersama keluarga yang kehilangan orang tersayang.
"Dalam saat-saat sukar seperti ini, kita diingatkan betapa rapuhnya kehidupan serta betapa kita saling terkait merentasi jarak dan sempadan. Ia juga mengingatkan kita bahawa nilai kemanusiaan yang dikongsi bersama jauh lebih penting daripada geopolitik," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar turut menyatakan bahawa Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Rusia dan berdiri dalam solidariti bersama mereka yang sedang berkabung.
Pesawat itu dilaporkan terbakar semasa fasa penurunan dan tiada mangsa yang terselamat dalam tinjauan udara di lokasi nahas.
Pesawat malang itu membawa 46 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan enam kru.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat Rusia terhempas
#Anwar Ibrahim
#ucapan takziah
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan