awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi tahfiz: Cadang pinda Akta 550 - TPM Zahid

Hakim Rahman
Hakim Rahman
19/09/2017
07:23 MYT
Tragedi tahfiz: Cadang pinda Akta 550 - TPM Zahid
AHMAD ZAHID: "Kerajaan pusat akan berbincang dengan kerajaan negeri kerana kita perlu menghormati perkongsian kuasa dimana hal-hal berkaitan agama dibawah pemantauan kerajaan negeri. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi membolehkan soal pendaftaran dan pengawalan sekolah agama persendirian tertakluk di bawah akta itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hal itu bagaimanapun bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri memandangkan hal-hal berkaitan agama dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Agama Islam terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan kita perlu menghormati perkara itu, jadi sebab itu kita perlu ada mesyuarat koordinasi dan bekerjasama rapat. Kami juga tidak berniat mengambil alih kuasa kerajaan negeri,
"Demi kepentingan bersama, saya berharap mereka (kerajaan negeri) bersetuju," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempegerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz di sini, hari ini.
. Cadangan itu merupakan antara langkah proaktif yang dikemukakan dalam mencari jalan terhadap isu-isu berkaitan sekolah tahfiz termasuk isu keselamatan.
Pindaan itu juga membolehkan kerajaan Persekutuan untuk menyelaras pentadbiran dan memberi bantuan kewangan kepada sekolah terbabit.
Tambahnya mesyuarat turut bersetuju menubuhkan jawatankuasa penyelarasan bersifat kekal bagi memantau pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR), maahad tahfiz dan pondok agama di seluruh negara.
Ketika ini terdapat 940 maahad tahfiz swasta dengan lebih 150,000 pelajar berdaftar dengan Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia namun hanya 612 yang berdaftar dengan kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan.
"Ini bermakna 321 maahad tahfiz tidak berdaftar atas alasan khuatir kononnya kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan mahu ambil alih (pusat) tahfiz mereka," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#kerajaan
#pendidikan
#Perdana Menteri
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan