awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi tanah runtuh: Guan Eng dituntut mohon maaf - PFP

Bernama
Bernama
10/11/2017
23:00 MYT
Tragedi tanah runtuh: Guan Eng dituntut mohon maaf - PFP
Lim turut diminta meletak jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengemudi Pulau Pinang. - Foto BERNAMA
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dituntut supaya segera memohon maaf kepada keluarga 11 mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada 21 Okt lepas.
Presiden Penang Front Party (PFP) Datuk Patrick Ooi berkata selain 11 mangsa itu, Lim juga didesak memohon maaf terhadap 12 mangsa lain yang terkorban dalam insiden tanah runtuh dan banjir di negeri ini sejak Julai lepas hingga awal bulan ini.
"Jumlah mangsa sudah 23 orang dari Julai hingga hari ini di Pulau Pinang. Apa yang kerajaan negeri Pulau Pinang tunggu lagi. Beliau (Lim) perlu minta maaf, takkan nak tunggu 100 orang mati baru hendak minta maaf," katanya kepada pemberita di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Jumaat.
Susulan tragedi demi tragedi itu, beliau berkata kerajaan negeri DAP perlu mendengar rintihan penduduk negeri ini dan perlu segera menghentikan projek pembangunan di lereng bukit selain menyegerakan projek tebatan banjir.
Ooi turut meminta Lim meletak jawatan dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengemudi Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Lim Guan Eng
#Penang Front Party
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan